Manchester United keciciran 2 lagi mata dalam usaha mereka memburu slot ke Liga Juara Juara Eropah pada musim hadapan. United diikat 0-0 di Old Trafford berdepan dengan pasukan terancam penyingkiran, Watford.
Sebelum sepak mula, kedua dua pasukan membawakan mesej keamanan kepada dunia.
Manchester United memerlukan 3 mata. Ini kerana pasukan di belakang mereka, Arsenal masih ada 3 perlawanan kurang berbanding mereka.
Namun malangnya skuad Rangnick menelan keputusan perit di hadapan penyokong sendiri.
Manchester United meninggalkan padang dengan iringan bunyi boo daripada sebahagian seksyen di Old Trafford.
Misfiring Manchester United booed off after drawing a blank in Watford draw | @SamWallaceTel at Old Trafford #mufc https://t.co/ZmOiEBzgta
— Telegraph Football (@TeleFootball) February 26, 2022
Manchester United sekali lagi membazirkan banyak peluang gol. Di mana mereka melakukan 22 percubaan ke arah pasukan bimbingan Roy Hodgson.
Hanya sekali bola mereka menerjah jaring, menerusi Cristiano Ronaldo. Namun ianya dibatalkan kerana ofsaid.
Ronaldo turut melakukan percubaan terkena tiang. Anthony Elanga mempersiakan peluang gol ketika cuba melakukan susulan.
Bukan itu sahaja, Elanga turut mempersia siakan peluang ketika menerima bola cantik daripada Paul Pogba.
Bruno Fernandes turut membazirkan 2 peluang keemasan termasuk dalam situasi 1 lawan 1 dengan penjaga gol.
Bruno passes this simple ball and Ronaldo scores. Man Utd win 1-0. Too many individuals caring about "stats" pic.twitter.com/QnmrE8dWDa
— Filipe Orlando (@MrFilipeOrlando) February 26, 2022
Walaupun Watford lebih banyak bertahan sepanjang perlawanan, namun mereka tetap memiliki peluang gol. Antaranya menerusi Emmanuel Dennis. Malah sebelum tamat perlawanan, Sarr turut hampir melakukan gol dari jarak jauh.
Keputusan seri ini meletakkan Man United hanya 2 mata di atas Arsenal. Namun The Gunners masih ada 3 perlawanan kurang berbanding Manchester United.