Manchester United turun ke Stadium Komuniti Brentford untuk aksi Liga Perdana Inggeris pertengahan minggu.
Manchester United meletakkan Harry Maguire di bangku simpanan dan sekali lagi bermain dengan 4-3-3. Sebelum perlawanan, Ralf Rangnick sudah menyatakan bahawa merekan tidak akan bermain 4-2-2-2 lagi.
Separuh masa pertama ternyata sukar buat Manchester United. Ini selepas Brentford berterusan menyerang ke gawang gol mereka. David De Gea melakukan beberapa siri penyelamatan untuk mengelakkan United ketinggalan dalam perlawanan ini.
Brentford mendapat peluang pertama seawal minit ke-2 menerusi Mbuemo.
Pada minit ke-12, Norrgaard berpeluang untuk menjaringkan gol dengan cuba meleretkan bola. Namun David De Gea menyelamatkan dengan kakinya.
Dua minit kemudian Vitaly Vanelt mempersiakan peluang untuk menjaringkan gol.
Seminit selepas itu Noorgard melakukan percubaan selepas sekali lagi kerapuhan pertahanan Man United memberikan ruang kepada Brentford.
Noorgard menerima bola dalam kotak penalti namun percubaannya agak tinggi.
Pada minit ke-32, Brentford melakukan serangan balas yang pantas. Namun sayang sekali, Janelt sekali lagi mempersiakan peluang gol mereka apabila percubaannya diselamatkan oleh David De Gea.
Separuh masa pertama berakhir dengan 0-0. Man United tanpa sebarang percubaan tepat.
Bersambung separuh masa kedua, Man United memperbaiki rentak permainan mereka dengan tempo yang lebih tinggi.
Cristiano Ronaldo memiliki peluang daripada kesilapan pertahanan. Tetapi agak mengejutkan apabila Ronaldo memilih untuk melakukan hantaran kepada rakannya.
Gol pertama United akhirnya hadir pada minit ke-55. Ianya selepas Fred melakukan hantaran pembunuh yang sangat cantik terus ke kaki Elanga. Kawalan sentuhan pertama yang kemas membolehkan Elanga mencipta peluang untuk dirinya sendiri sebelum menanduk masuk dari jarak dekat.
19-year-old Anthony Elanga enjoyed his first goal of the season 🔥 pic.twitter.com/ypxfac3TOl
— GOAL (@goal) January 19, 2022
Tidak lama selepas itu, giliran Mason Greenwood pula menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-62. Berpunca daripada Ronaldo yang mendada bola kepada Bruno Fernandes yang melepasi perangkap ofsaid.
Bruno Fernandes tanpa mementingkan diri sendiri telah melorongkan bola kepada Mason Greenwood dan bola disempurnakan dari jarak dekat.
Mason Greenwood shushing the Brentford fans 🤫 pic.twitter.com/pYEhrR9qYo
— utdreport (@utdreport) January 19, 2022
Tersentak dengan gol itu Brentford mencipta lagi peluang hasil permainan kombinasi. Tetapi hantaran lintang tak tepat berjaya dikeluarkan.
Pada minit ke-71, Cristiano Ronaldo dikeluarkan bersama sama dengan Mason Greenwood – digantikan dengan Harry Maguire dan juga Marcus Rashford.
Ternyata CR7 tidak gembira dengan pertukaran tersebut dan mempersoalkannya.
Cristiano Ronaldo was not happy after being substituted for Harry Maguire 😳 pic.twitter.com/qwoXPEwlez
— ESPN FC (@ESPNFC) January 19, 2022
Pada minit ke-76, Ivan Toney melakukan percubaan dari dalam kotak penalti tetapi dihadang oleh lawan. Seterusnya Roerslev melakukan voli yang lemah dan tersasar.
2 minit selepas itu, Marcus Rashford menjaringkan gol ketiga untuk United untuk memastikan 3 mata milik United. Sekali lagi Bruno Fernandes menjadi pencipta peluang gol.
Two assists for our Portuguese magnifico 🅰️🅰️
💫 @B_Fernandes8 #MUFC | #BREMUN pic.twitter.com/VwfIQjop9w
— Manchester United (@ManUtd) January 19, 2022
Pada minit ke-85, salah seorang pemain paling bekerja keras sepanjang malam iaitu Ivan Toney akhirnya menjaringkan gol pertama untuk Brentford.
Toney berjaya menyumbat masuk bola dari jarak dekat daripada situasi pergelutan berpunca daripada lontaran ke dalam jauh.
Namun ia tak lebih daripada sekadar gol saguhati. Man United berjaya membawa 3 mata berharga dalam usaha mereka untuk terus memburu 4 teratas.