Manchester United berpesta gol dengan kemenangan 9-0 ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Traffrod.

Southampton terpaksa bermain dengan 10 pemain dari minit kedua. Alexandre Jankewitz menerima kad merah setelah bentesannya ke paha Scott McTominay.

Kelebihan seorang pemain dapat dimaksimumkan oleh Manchester United dengan sepenuhnya.

Aaron Wan-Bissaka membuka tirai jaringan untuk Red Devils dengan tolakan jarak dekat, selepas menerima hantaran cantik dari Luke Shaw.

Tidak lama selepas itu Maarcus Rashford menggandakan kelebihan buat Manchester United pada minit ke-25.

Malam ngeri Southampton berlanjutan apabila Jan Bednarek menjaringkan gol sendiri pada minit ke-34 ketika cuba mengeluarkan hantaran silang Rashford.

Man United menutup separuh masa pertama dengan 4 gol tanpa balas selepas gol daripada Edinson Cavani. Juga menerusi bantuan oleh Luke Shaw.

Pada separu masa kedua, Man United terus bernafsu memburu gol. Satu gol Southampton dibatalkan kerana ofsaid yang sangat sedikit.

Pemain gantian, Anthony Martial, yang baru masuk, berjaya menjaringkan gol kelima Manchester United setelah mendapat hantaran dari Bruno Fernandes pada minit ke-69.

Tidak lama kemudian, giliran McTominay menambah gol keenam untuk Manchester United.

Tidak terhenti di situ, giliran Bruno Fernandes pula menambah gol menerusi sepakan penalti selepas Martial sebelum ini dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Selain penalti, Southampton dikurangkan kepada seorang lagi pemain kerana Bendarek melakukan faul dalam keadaan Martial berpeluang menjaringkan gol.

Manchester United menambah dua gol lagi menjelang akhir perlawanan menerusi Martial dan Daniel James untuk menang 9-0 ke atas Southampton.

Kemenangan ini menjadikan Manchester United kekal di tangga kedua di belakang Man City dengan 44 mata.

Baca juga perkembangan lain

EPL: Beraksi 9 Pemain, Arsenal Ditumpaskan Wolves

RASMI: Liverpool Tandatangani Ben Davies Dan Ozan Kabak

Laporta Sedia Kemuka Bukti Messi Bawa Untung Berlipat Ganda Walaupun Dibayar €555 Juta 4 Tahun