Calon Presiden Barcelona, Joan Laporta mempertahankan kontrak Messi di kelab tersebut.
Ramai pihak tidak senang melihat jumlah bayaran yang diterima Messi pada kontrak yang beliau tandatangani pada 2017.
Pendedahan El Mundo
El Mundo mendedahkan jumlah bayaran diterima Messi untuk kontrak yang ditandatangainya pada 2017 – berdurasi 4 tahun yang akan berakhir pada Jun ini.
Secara keseluruhan, Messi menerima €555,237,619 selama 4 tahun di Barcelona. Menjadikannya angka tertinggi diterima atlet profesional dalam sejarah.
Setiap musim Lionel Messi menerima €138 juta daripada gaji tetap dan bonus lain.
Manakala €115 juta adalah bayaran yang diterima Messi sebaik sahaja beliau menurunkan tandatangan ke atas kertas kontraknya pada 2017 sebagai bonus pembaharuan kontrak.
Secara relevannya, Barcelona tidak perlu membeli pemain lain dan hanya perlu membayar €115 juta terus kepada Messi dan agensinya.
Messi sebelum ini mahu pergi meninggalkan Barcelona. Dan jika itu berlaku Barcelona boleh menjimatkan sekitar €78 juta untuk bonus kesetiaan.
Bonus ini hanya akan keluar jika Messi menghabiskan kontraknya di Barcelona. Ini bermakna pada Jun ini, Messi akan menerima bonus kesetiaan bernilai €77,929,955.
El Mundo today, what a bomb. Leo Messi’s contract with Barcelona revealed on front page 🔴👇🏻 @elmundoes
– €555,237,619 contract [4 years].
– €138m per season fixed + variables.
– €115,225,000 as ‘renewal fee’ just for accepting the contract.
– €77,929,955 loyalty bonus. pic.twitter.com/FK3I34hJta
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 31, 2021
Jadi secara terkumpulnya, sehingga Jun ini Leo Messi akan menerima wang terkumpul sebanyak €555,237,619.
Lionel Messi's four-year contract that he signed in 2017 will pay him €555,237,619 total by the time it ends in June, per @elmundoes
WILD 😳 @brfootball pic.twitter.com/oyGyd1TkPq
— Bleacher Report (@BleacherReport) January 31, 2021
Kewangan Barca kritikal
Kedudukan kewangan Barcelona ketika ini sangat kritikal. Dan mereka tidak dapat membayar gaji Messi untuk Januari pada musim ini.
Barca malah diancam muflis dengan bebanan hutang kasar yang lebih €1.2 billion.
Koresponden sukan terkemuka Guillem Balague menepis dakwaan yang mengaitkan Messi sebagai punca kenapa Barcelona berisiko muflis. Sebaliknya berpendapat, ianya berlaku kerana pengurusan yang teruk.
Barcelona are not on the verge of bankruptcy due to Messi's salary. They are on the verge of bankruptcy because of bad management.
— @GuillemBalague pic.twitter.com/GBObQtL79e
— Barça Universal (@BarcaUniversal) January 31, 2021
Barcelona berbelanja sehingga tak ingat dunia dalam membeli pemain dalam beberapa musim kebelakangan ini. Dan beberapa nama besar itu gagal memberikan impak lebih baik di atas padang.
https://twitter.com/Barca__pictures/status/1355673322999046144
Laporta pertahankan kontrak Messi
Laporta menyatakan bahawa tiada masalah pun dengan kontrak sangat tinggi diberikan kepada Messi. Laporta malah bertekad akan berusaha sedaya upaya memastikan Messi kekal jika beliau dilantik sebagai presiden sekali lagi.
Selain itu Laporta juga sedia membentangkan bukti bagaimana Messi memberikan pulangan berlipat kali ganda kepada kelab.
Laporta berkata: “Saya sanggup lakukan apa sahaja untuk mengekalkan Messi di Barca. Saya mendapat tahu dia gembira di Barca dan mahu kekal. Namu Messi harus mempercayai projek sukan yang menunjukkan Barcelona cukup kompetitif.”
“Semalam saya ada menghantar mesej kepadanya untuk menyatakan sokongan kepadanya. Meminta dia untuk memekakkan telinga daripada berita. Kerana penyokong Barca mahu beliau terus kekal di sini.”
🗣️ Laporta: "I sent Messi a message to cheer him up and I told him not to take any notice of this news and that all Barca fans want him to stay." pic.twitter.com/QGavDWevZ5
— Barça Worldwide (@BarcaWorldwide) February 1, 2021
“Berita itu menyakitkan kerana kerosakan daripadanya dirasai Barca pada ketika kelab ini tiada pengendali [presiden].”
“Situasi kewangan Barca sekarang bukan kerana kontrak Messi. Dia malah menjana wang lebih banyak daripada kos yang kita bayar untuknya.”
“Pakar ekonomi sudah melakukan kajian di mana Messi menjadi sumber pendapatan ketiga tertinggi daripada jumlah keuntungan keseluruhan Barca.”
“Apa yang Messi jana adalah melibatkan kesukanan dan emosi. Apa yang dia telah lakukan kepada kelab ini, tidak ada nilainya.”
“8 daripada 10 jersi Barca yang dijual setiap musim adalah nama Leo. Malah dunia berminat mengikuti Barca kerana Messi.”
“Tanpa Leo, kelab ini tak akan menang banyak piala. Pulangan ekonomi itu wujud. Leo mewakili 8.2 peratus kos kelab ini. Pasukan dengan adanya Leo sentiasa bersemangat untuk menang kesemuanya.”
“Messi bukannya manusia yang hanya termotivasi kerana wang. Kita harus mencari formula luar kotak untuk mengekalkan dia di sini.”
“Dia tidak mengutamakan wang dan ekonomi, jika dia kekal, Messi akan membantu kelab ini.”
“Jadi, kita harus menawarkan dia kontrak untuk pemain terbaik dalam sejarah.”
Barca nak saman El Mundo
Dalam perkembangan berkaitan, Barcelona sudah menyatakan hasrat mereka untuk meyaman El Mundo kerana mengeluarkan butiran kontrak Messi kepada umum tanpa izin mereka, sambil mengutuk cubaan mencemarkan nama baik watak dan imej Messi.
“Melihat maklumat yang disiarkan hari ini di surat khabar El Mundo, berkaitan dengan kontrak profesional yang ditandatangani antara FC Barcelona dan pemain Lionel Messi, kelab menyesali penerbitannya memandangkan ia adalah dokumen peribadi yang diatur oleh prinsip kerahsiaan antara pihak, ” tegas Barcelona menerusi pernyataan di laman web rasmi.
“FC Barcelona dengan tegas menolak tanggungjawab untuk penerbitan dokumen ini, dan akan mengambil tindakan perundangan yang sesuai terhadap surat kabar El Mundo, atas segala kerosakan yang mungkin disebabkan oleh penerbitan ini.
“FC Barcelona menyatakan sokongan mutlak ke atas Lionel Messi, terutama dalam menghadapi segala usaha untuk mencemarkan nama baiknya, dan merosakkan hubungannya dengan entiti di mana dia telah bekerja untuk menjadi pemain terbaik di dunia dan dalam sejarah bola sepak.”
Messi gagal berpindah pada musim panas lalu setelah keputusannya untuk mengaktifkan klausa pelepasan dalam kontraknya tidak dilayan Barcelona.
LATEST NEWS ❗
Press Release: Leo Messi
All the details 👇https://t.co/CVDmFaZ6t4— FC Barcelona (@FCBarcelona) January 31, 2021
Baca juga perkembangan lain
TERKINI: Hutang Barcelona Hampir €1 Billion, Gaji Januari Tertunggak Termasuk €37 Juta Gaji Messi
Highlight EPL: West Ham 1 Liverpool 3 – Mo Salah Skor 2 Gol Cantik