Liverpool mengesahkan dua pemain baharu pada hari terakhir jendela perpindahan. Dua pemain tersebut merupakan pemain bek tengah.
Krisis kecederaan melanda posisi bek tengah Liverpool diburukkan lagi dengan berita Joel Matip sah akan terlepas kesemua baki aksi musim ini kerana kecederaan.
Ben Davies dari Preston North End
Ben Davies pastinya bagai berada dalam mimpi. Selepas beberapa tahun beraksi di liga bawahan, hari ini beliau menyertai pasukan Liga Perdana Inggeris yang juga juara bertahan.
Davies dibeli dengan nilai sekitar £2 juta. Davies sebelum ini dilaporkan berbincang dengan Celtic. Tetapi kelab Scotland itu terlepas peluang kerana Liverpool lebih pantas bertindak.
Pemain tengah berusia 25 tahun itu telah mencapai kesepakatan dengan The Reds untuk kontrak tetap jangka panjang.
🤗 Jürgen Klopp explains why @BenDavies1108 joining represents an opportunity for both player and club…
— Liverpool FC (@LFC) February 1, 2021
Davies – Pemain Terbaik Tahun 2019 Preston – memberitahu Liverpoolfc.com dalam wawancara pertamanya di Anfield: “Saya jelas sekali sangat gembira berada di sini.”
“Ini peluang besar. Jelas sekali ia mengejutkan ketika mendengarnya [berita minat Liverpool] pertama kali tetapi setelah anda mula memikirkannya, peluang yang ada di hadapan saya sangat luar biasa.”
“Saya bodoh jika tidak memanfaatkan sepenuhnya peluang belajar daripada pemain pemain handalan yang lain dalam kelab ini.”
Ozan Kabak dari Schalke
Seterusnya Liverpool berjaya memeterai perjanjian dengan bintang muda berbakat dari Turki, Ozan Kabak. Liverpool mencapai kesepakatan untuk perjanjian secara pinjaman dengan opsyen pembelian tetap.
Liverpool menolak untuk dimasukkan klausa wajib beli pada kontrak tersebut.
Ozan Kabak from Schalke to Liverpool, here we go! 🔴 #LFC
Agreement reached between clubs after medicals and personal terms completed. The deal will be on loan with buy option and NO obligation, €30m as potential final fee. 5-years contract [if they will buy him]. #DeadlineDay
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 1, 2021
Liverpool dalam kenyataan rasminya berkata:
“Liverpool telah menyelesaikan perpindahan Ozan Kabak dari Schalke 04 secara pinjaman sehingga akhir musim, tertakluk kepada pelepasan antarabangsa.”
“Pemain pertahanan berusia 20 tahun itu akan menghabiskan baki 2020-21 dengan The Reds setelah dia menurunkan tandatangan pada kertas perjanjian pada hari akhir.”
“Kabak menyelesaikan prosedur perpindahan di Jerman dan akan pergi ke Merseyside akhir minggu ini.”
“Pemain antarabangsa Turki itu tiba di Anfield setelah dua tahun di Bundesliga, di mana dia mewakili VfB Stuttgart sebelum bergabung dengan Schalke pada bulan Julai 2019.”
“Sebelum berpindah ke Jerman, Kabak mewakili Galatasaray, di mana ia memperoleh pengalaman bermain di Liga Juara Juara Eropah dengan empat penampilan di kejohanan tersebut pada 2018-19.
“Di peringkat antarabangsa, dia telah memperoleh tujuh kaps untuk Turki hingga kini.”
“Dia akan memakai No.19 untuk Liverpool.”
It’s official! 😎@ozankabak4 joins us on loan from @s04 until the end of the season 👊
— Liverpool FC (@LFC) February 1, 2021
Jadi dengan kehadiran dua pemain bek tengah itu, Liverpool berharap ianya akan dapat memperbaiki kesulitan di barisan pertahanan.
Baca juga perkembangan lain
Highlight EPL: West Ham 1 Liverpool 3 – Mo Salah Skor 2 Gol Cantik