Wolverhampton berjaya mengalahkan Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris tengah minggu ini. Lebih pedih buat Arteta dan anak anak buahnya, kerana mereka kalah dari kedudukan mereka mendahului.

Arsenal mendahului menerusi aksi luar biasa Nicolas Pepe. Namun, tuan rumah kemudian berjaya menyamakan kedudukan menerusi penalti Ruben Neves. Penalti kontroversi diberikan pengadil dan menyingkirkan David Luiz daripada permainan.

Wolves mejaringkan gol kemenangan pada awal separuh masa kedua. Pada minit ke-72.

Arsenal bermula garang dengan menghadirkan ancaman awal menerusi Bukayo Saka pada minit ketiga.

Saka hampir meletakkan Arsenal di hadapan pada minit kesembilan perlawanan. Malangnya gol itu dibatalkan oleh VAR.

Selepas beberapa kali kecewa di zon serangan, Arsenal akhirnya berhasil menjaringkan gol pembukaan menerusi aksi cemerlang Nicolas Pepe.

Pada masa kecederaan sebelum rehat David Luiz dilayangkan kad merah kerana didakwa mengasari Willian Jose, yang dalam kedudukan 1 lawan 1 dengan penjaga gol.

Pengadil melayangkan kad merah kepada Luiz dan memberikan penalti kepada Wolves. Para pemain Arsenal tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil.

Kerana menurut mereka Willian Jose tersadung sendiri ketika insiden tersebut.

Penalti minit ke-45+5 itu disempurnakan oleh Ruben Neves.

Bersambung babak kedua. Baru 4 minit perlawanan disambung Wolves mendapat gol kedua yang cantik daripada Moutinho.

Dengan 10 orang di atas padang, Arsenal cuba untuk bangkit. Tetapi mereka terus dirundung malang apabila Bernd Leno pula dilayangkan kad merah kerana handball di luar kotak penalti.

Dengan kelebihan dua pemain, Wolves berjaya memastikan 3 mata milik mereka.

Baca juga perkembangan lain

RASMI: Liverpool Tandatangani Ben Davies Dan Ozan Kabak

Sergio Ramos Mahu Ke Manchester United

Laporta Sedia Kemuka Bukti Messi Bawa Untung Berlipat Ganda Walaupun Dibayar €555 Juta 4 Tahun