Manchester kalah lagi dalam aksi EPL kali ini di tangan Crystal Palace. Ini merupakan kekalahan keempat oleh Manchester United setakat ini.

Jaringan tunggal pada separuh masa pertama oleh Joachim Andersen sudah cukup untuk Palace membawa pulang 3 mata dari Old Traffrod. Sekaligus menamatkan rentetan dua kemenangan berturut-turut Man United sebelum ini.

Di mana salah satu kemenangan itu adalah berdepan Palace dalam aksi Piala EFL ataupun Piala Carbao.

Roy Hodgson yang menjadi pengurus Palace yang menyebabkan United kalah lagi musim ini mencipta rekod sebagai pengurus pertama dalam sejarah untuk tidak kalah dalam 5 kunjungan berturut-turut ke Old Trafford dalam Liga Perdana Inggeris.

Man United dibelenggu Krisis bilik persalinan di luar padang dengan bintang England, Jadon Sancho terus digantung kerana enggan meminta maaf.

Seterusnya United menerima kritikan kerana membenarkan Antony kembali ke pasukan utama walaupun masih dalam siasatan polis.

Erik Ten Hag sebelum ini menafikan pasukannya sedang dalam krisis. Cuma dia menyatakan ada pemain tak tersedia untuk pemilihan. Krtoka ditanya sama ada dia dan Sancho sudah berbaik baik, Ten Hag enggan mengulas.

Dia berkata: “Saya tak akan bercakap tentang pemain yang tidak tersedia untuk pasukan.”

Kekalahan ini meningkatkan lagi tekanan pada pengurus itu. Di mana dia sebelum ini menyatakan bahawa dia yakin akan mengembalikan semula kegemilangan Man United.