Manchester United berjaya memastikan 3 mata milik mereka dalam aksi Roses Derby. Wira kepada kemenangan mereka adalah pemain gantian iaitu Fred dan Elanga yang masuk pada separuh masa kedua.
Sekali lagi Man United hampir terlepas 3 mata kerana kelekaan mereka pada awal separuh masa kedua.
Namun respon United selepas Leeds menyamakan kedudukan, harus dipuji.
Manchester United turun dengan formasi 4-2-3-1. Ralf Rangnick membuat kejutan apabila memberikan Lingard tempat di kesebelasan utama.
De Gea melakukan save pada minit ke-22 untuk menafikan percubaan Forshaw.
Man United mencipta beberapa gerakan menarik namun seringkali lemah di final third.
Pada minit ke-30, Robin Koch terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan di kepala.
Paul Pogba kemudian melorongkan bola kepada Bruno Fernandes. Namun percubaan Fernandes berjaya dibaca oleh Meslier yang menepis bola untuk sepakan penjuru.
Berpunca daripada sepakan penjuru itulah Manchester United di hadapan. Di mana kapten Harry Maguire menanduk masuk hantaran Luke Shaw.
Sebelum wisel rehat dibunyikan, Manchester United menambah satu lagi gol. Kali ini menerusi Bruno Fernandes, menerusi satu serangan balas yang sangat klasik. Kredit kepada Sancho yang melakukan permainan 1-2 menarik dengan Bruno Fernandes.
HALF-TIME Leeds 0-2 Man Utd
Harry Maguire and Bruno Fernandes score headers to give Man Utd a two goal lead at half-time#LEEMUN pic.twitter.com/LTlk6141Yw
— Premier League (@premierleague) February 20, 2022
Bersambung babak kedua, Manchester United tiba tiba terlena. Mereka dihukum dengan 2 gol dalam jarak 2 minit.
Leeds mendapat gol pertama menerusi Rodrigo Moreno yang melakukan hantaran panjang, namun terus melemaskan De Gea.
Pada minit ke-53, giliran bintang utama Leeds, Raphinha – yang masuk sebagai pemain gantian – menyambar bola lintang Daniel James.
Come on Rodrigo goal against Manchester United #lufc pic.twitter.com/s9gTMS5V7m
— RumorsTransfersNews24/7 📰 (@rumorstransfers) February 20, 2022
Leeds kemudian memiliki penguasaan bola yang sangat tinggi selepas itu.
Manchester United akhirnya memberikan respon mereka. Pemain gantian, Fred meletakkan United di hadapan sekali lagi menerusi satu rembatan deras dari tepi gol pada minit ke-70.
Seorang lagi pemain gantian Manchester United iaitu Elanga memastikan Leeds tiada jalan untuk bangkit dengan gol keempat. Ianya selepas Elanga yang sebelum ini melakukan percubaan lemah tepat ke Meslier.
Kali ini Elanga memastikan bola menggegar gawang pada minit ke-88, hasil umpanan Bruno Fernandes.
Most Premier League assists since Bruno Fernandes made his Premier League debut:
25 – Bruno
24
23
22
21 – Robertson
20 – TAA
19 – KDB
18 – Salah, SonLeading the way. 🪄 pic.twitter.com/uR5xIJmT0s
— William Hill (@WilliamHill) February 20, 2022
Tiada tambahan gol selepas itu. Dan Man United memastikan 3 mata dibawa pulang dari Elland Road.
Kemenangan ini memastikan United kini berada di tangga keempat dengan 4 mata di atas West Ham yang berada di tangga kelima.