Penyerang pinjaman Manchester United, Odion Ighalo kini berada dalam dilema untuk memutuskan masa depannya selepas ditawarkan kontrak lanjutan selama 2 tahun dengan gaji £400 000 (RM 2,131,560.80) seminggu dengan kelabnya, Shanghai Shenhua.

Kelab Liga Super China itu enggan membenarkan Ighalo kekal dengan Manchester United selepas mempamerkan prestasi cemerlang menjaringkan 4 gol dalam 3 penampilan awal bersama United.

Kontrak pinjaman Ighalo dengan Manchester United pada asalnya akan berakhir pada 30 Jun ini, dan selepas membuktikan ketajaman di hadapan pintu gol, United dilaporkan berminat untuk menawarkan kontrak tetap kepada pemain dari Nigeria itu.

Jika Ighalo memilih untuk pulang ke Shanghai Shenhua, beliau akan beraksi dengan kelab China itu sehingga bulan disember 2024 dan menjadi pemain termahal afrika.

Pengurus United, Ole Gunnar Solksjaer sebelum ini menyifatkan Ighalo merupakan pemain yang tepat untuk menggantikan tempat Marcus Rashford yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan.

“Apa yang paling menarik mengenai Ighalo ini ialah personaliti beliau. Dia sentiasa melakukan apa yang diminta dan apa yang kelab ini mahu apabila kami menandatanganinya.

“Beliau adalah jenis penyerang yang berlainan. Beliau menjaringkan gol, menyudahkan peluang pada setiap perlawanan,” katanya.

https://twitter.com/JollofSports/status/1243462182429503490

Bagaimanapun, Ighalo enggan mengulas lanjut mengenai tawaran lumayan daripada Shanghai Shenhua kerana beliau ketika ini sangat risau dengan wabak pandemik, COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

“Bercakap mengenai perkara lain (selain isu COVID-19) sekarang adalah sama seperti mementingkan diri sendiri dan tidak sensitif. Saya tidak memikirkan tentang ia buat masa ini.” kata Ighalo.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Saingan J. League Akan Kembali Pada 9 Mei 2020

Thailand Dan Indonesia Sibuk ‘Claim’ Pemain Ipswich Town, ‘Center Back’ 1.94 Meter Berusia 17 Tahun

Prestasi Dang Van Lam Makin ‘Sendu’, Vietnam Dalam Proses Naturalisasi Bekas Penjaga Gol Sparta Prague

Sumber