Penyokong Manchester United sebelum ini pernah mengadakan protes sampai masuk ke dalam padang ketika aksi berdepan dengan Liverpool. Membuatkan perlawanan tersebut terpaksa ditunda. Pada ketika itu peminat melancarkan kempen anti Glazers.
Dan kini, mereka sedia melakukan protes sekali lagi. Tetapi dengan memboikot perlawanan tersebut. Mereka tidak mahu masuk ke dalam stadium ketika perlawanan itu nanti.
Penyokong Manchester United sudah lama melancarkan kempen anti Glazers. Malah dalam perlawanan pertama EPL musim ini, peminat mereka melaungkan slogan anti Glazers di hadapan pemilik kelab itu sendiri yang hadir di Old Trafford.
Kini mereka melancarkan kempen mengosongkan Old Trafford pada 22 Ogos akan datang. Perlawanan derbi Barat Laut pertama Erik Ten Hag.
It has to happen. #EmptyOldTrafford pic.twitter.com/sIEK6EBTE3
— Manchester United Die Hard Fans (@DieHardUtdFans) August 9, 2022
Mereka mahu meniru apa yang dilakukan peminat Valencia sebelum ini ketika membantah pemilik kelab mereka.
Di mana para peminat hanya berkumpul di lua stadium dan tidak mahu masuk ke dalam.
If Valencia fans can do it we can too major steps needed urgently #EmptyOldTrafford #GlazersOut pic.twitter.com/F4z9PfwE8z
— 𝑆𝑜𝑢𝑟𝑎𝑣 🔰 (@Sourav_Mufc) August 8, 2022
Tanda pagar #EmptyOldTrafford menjadi trending semalam. Peminat meyampah dengan pemilikan Glazers yang dianggap teruk.
Meletakkan kelab mereka dalam bebanan hutang yang tinggi. Ini kerana Glazers meletakkan semua hutang mereka atas nama Manchester United.
Seterusnya peminat kecewa kerana kurangnya aktiviti perpindahan yang signifikan kali ini. Di mana Man United hanya berjaya mendapatkan 3 pemain baharu.
Masih gagal mendapatkan sasaran utama Erik Ten Hag iaitu Frenkie De Jong. Mereka sebelum ini gagal mendapatkan Darwin Nunez. Seterusnya baru sahaja kalah dengan RB Leipzig dalam persaingan mendapatkan Benjamin Sesko.