Ali Dursun, ejen kepada Frenkie de Jong, dilaporkan sudah bertemu dengan Richard Arnold, Ketua Pegawai Eksekutif Manchester United, dan John Murtough, pengarah bola sepak kelab Inggeris itu.
Dan menurut laporan, dia menyatakan bahawa kliennya, Frenkie De Jong masih menolak untuk menyertai Manchester United.
Fabrizio Romano melaporkan bahawa Barcelona dan Manchester United sudah mencapai kesepakatan harga untuk pemain itu. Namun United masih perlu meyakinkan De Jong secara peribadi untuk menerima terma dan syarat kontrak beliau.
Di sebuah hotel di pinggir laut di Barcelona, delegasi kelab Inggeris itu dilaporkan mengadakan pertemuan dengan ejen pemain itu dengan topik perbicangan terarah kepada perpindahan De Jong.
Tetapi delegasi United mendapat kejutan yang tidak menyenangkan yang boleh menamatkan perpindahan tersebut.
Ali Dursun, ejen De Jong, menyampaikan kepada mereka kehendak pemain tengah itu untuk kekal tidak mahu menerima tawaran Manchester United. SPORT melaporkan bahawa De Jong masih mahu terus kekal di Barcelona walaupun kini berdepan desakan daripada kelab.
Laporta sudah memberitahu De Jong bahawa kelab terpaksa menjualnya kerana dia tak mahu menerima pemotongan gaji.
Barcelona masih berhutang tunggakan gaji EUR13 juta dengan pemain tersebut. Mereka masih berdepan masalah ekonomi pada kelab tersebut.
Oleh itu, Ali Dursun, menegaskan bahawa dia cuma mengikut dan menyampakan arahan kliennyta, meminta perwakilan United berhenti mendesak dan berhenti membuang masa kerana kedudukan De Jong adalah jelas: Dia tidak akan pergi ke United.
Barcelona adalah kelab impian De Jong dari kecil. Dan isterinya sangat menyukai bandar Barcelona.
Tetapi Barcelona sangat terdesak mahu menjual De Jong kerana mahu menandatangani Robert Lewandowski pada minggu ini.
🚨 Ali Dursun, Frenkie de Jong's agent, met yesterday with Manchester United's representatives to reject, once again, their offer.
The Dutch midfielder is determined not to leave Barcelona!
(Source: @sport) pic.twitter.com/SvHxotrsvD
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) July 14, 2022
Selain itu ejen De Jong turut memberitahu Barcelona bahawa pemain tersebut masih berkeras enggan menerima pengurangan gajinya. Dan dia mahu Barca menghormati kesepakatan kontrak dua pihak tersebut.
Frenkie De Jong’s agents Ali Dursun and Hasan Cetinkaya have informed Barcelona that Frenkie has still no intention to leave – also that Frenkie and agents are not accepting any salary reduction, or talks related to that. 🇳🇱 #FCB
Man United are also informed – deal now stalling. pic.twitter.com/MisXf9G5Jy
— DLORIGIN (@DloriginF) July 14, 2022