Arsenal telah berbelanja besar pada musim ini dengan mencecah £150 juta pada musim ini. Edu Gaspar selaku Pengarah Sukan Arsenal menyatakan bahawa beliau tidak memikirkan soal kedudukan EPL.
Sebaliknya lebih teruja mahu melihat bagaimana Arsenal beraksi musim ini apabila pemain pemain utama mereka cergas sepenuhnya.
Edu menjelaskan kenapa Arsenal membelanjakan wang banyak untuk kuantiti pemain berbanding dengan membelanjakan wang yang banyak kepada 1 atau 2 pemain bintang.
Menurut Edu, Arsenal tidak boleh dibandingkan dengan pasukan lain kerana pasukan tersebut sudah memiliki asas yang kukuh berbanding Arsenal.
“Kenapa ada beberapa pasukan EPL hanya membeli seorang atau dua pemain sahaja? Sebab mereka sudah ada asas yang kukuh. Mereka sudah menyediakan pasukan mereka sebelum ini.”
“Saya bukannya berada di sini dan cuba menipu.. realitinya, kami [Arsenal] masih tidak ada asas itu.”
Lots of great insight from Edu in his interview with SSN but this quote in particular really hits the nail on the head on where Arsenal are at the moment: pic.twitter.com/bY971XNzLn
— Dylan Walsh (@dylanwalsh_) September 4, 2021
“Sekarang ini, kita kena bina asas itu, dan itulah hakikatnya.”
“Kami bergelut musim lalu kerana kami kehilangan ramai pemain [kerana kecederaan] dan kemudian kami tidak ada pemain simpanan yang cukup bagus untuk menggantikan mereka.”
“Saya sentiasa percaya, kita perlukan satu skuad untuk memenangi perlawanan. Kita perlukan skuad yang bagus untuk berada di kedudukan terbaik pada akhir musim, bukan sekadar memiliki kesebelasan utama yang baik.”
“Sekarang kita cuba berbicara dari segi konteks, di bahagian tengah, kamu ada Granit Xhaka dan Thomas Partey. Jadi, tidak masuk akal untuk Arteta mendapatkan pemain lain yang lebih bagus daripada mereka.”
“Itulah sebabnya kami mendapatkan Sambi Lokonga yang akan membantu mereka.”
“Jika kamu lihat di posisi serangan, kami ada Alexandre Lacazette, Pierre-Emerick Aubameyang, Bukayo Saka, Nicolas Pepe dan Gabriel Martinelli.”
“Saya teringin melihat mereka bermain bersama sama. Di posisi no.10, kita ada jurang yang besar kerana cuma ada Emile Smith Rowe.”
“Kami perlukan seorang pemain yang sama kualiti di posisi no.10, membantunya dan bermain.”
Oleh sebab itu Edu merasakan bahawa, Arsenal kini dalam proses pembentukan asas pasukan mereka. Dan menyatakan bahawa, kedudukan liga adalah bukan perkara mustahak untuk beliau.
“Saya tak mahu bercakap soal empat teratas, atau enam teratas, atau 8 teratas atau 10 teratas. Saya cuma teruja nak tengok bagaimana skuad ini bermain bersama sama. Saya tak sabar nak tengok kesemua pemain cergas.”
🗣 Edu Gaspar on the transfer strategy at Arsenal: "Let's judge the team when they play together."
— Connor Humm (@TikiTakaConnor) September 4, 2021
“Saya nak tengok skuad penuh, kerana saya belum pernah melihatnya lagi. Saya benar benar tak sabar untuk melihatnya kerana saya percaya kepada pasukan ini, dan Mikel pun percaya kepada pasukan ini akan menikmati musim yang bagus.”
“Sukar untuk saya jelaskan. Saya bukan minta semua orang bersabar kerana ayat itu semua orang dah benci dah dengar.”
“Saya cuma cuba menerangkan strategi di sebalik satu tingkap yang orang lihat dari luar. Dan dah tentunya mereka akan melihat perspektif berbeza. Saya hormati pandangan mereka.”
“Namun kamu harus melihat apa yang kami mula lakukan sejak kami bekerjasama. Kami sedaya upaya membersihkan skuad ini.”
“Seperti saya kata sebelum ini, terdapa 21 pemain keluar. Ianya angka yang sangat besar dan hampir dikira satu revolusi.”
"To create a good foundation, you need time." ⏰
In an exclusive interview with Sky Sports, Arsenal technical director Edu defends the club's transfer policy after their poor start to the season and talks about his own role and that of Mikel Arteta…⬇
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 4, 2021
“Jadi, bagaimana kamu harus menampal 21 lubang itu? Kamu perlukan masa, kamu tidak boleh datang dan terus menyelesaikannya.”
“Saya tak nak cakap berulang ulang, namun itulah kebenarannya. Apa yang kita akan lakukan untuk mencipta asas yang kukuh? Dan kamu pula berkata, mereka semua ni pemain muda.”
“Ya, mereka pemain pemain muda, namun kita ada lima pemain senior dalam skuad dan kesebelasan utama iaitu Bernd Leno, Granit Xhaka, Thomas Partey, Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang.”
Baca juga artikel