Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF) bersedia untuk menerima Indonesia sekiranya pasukan itu meninggal Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF).
Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan bersedia untuk mengkaji cadangan Indonesia meninggalkan AFF dan menyertai gabungan bola sepak lain di peringkat Asia.
Menurut laporan Goal Indonesia, EAFF sedia untuk menerima skuad Garuda sekaligus menjadi anggota baharu gabungan tersebut.
PSSI sudah menggelar rapat pada Senin (11/7/2022) siang WIB.
Hasilnya, PSSI akan bertindak tegas dan layangkan protes resmi ke AFF.
Selengkapnya: https://t.co/npgYxBNyQE pic.twitter.com/mq1jM0gtIH
— VFC Indonesia (@vocketfcID) July 11, 2022
“Cadangan ini telah disampaikan melalui setiausaha agung kami (Yunus Nusi). Mereka (EAFF) gembira jika kita masuk.
“Sudah tentu kita akan bincang dengan teliti. Terima kasih netizen atas nasihat kerana ia bukti sayang kepada pasukan kebangsaan kita.
“Kita harus bincang dengan teliti, sebab kita tak buat keputusan terus kerana kita kena kira dari segi untung rugi, jadi kita haris kira untung,” kata Iriawan.
EAFF meliputi dua nama besar dalam saingan bola sepak Asia iaitu Jepun dan Korea Selatan disamping negara lain seperti Hong Kong, Mongolia, Korea Utara, Taiwan, Guam, Macau dan Kepulauan Mariana Utara.
Sebelum ini, netizen Indonesia menggesa agar skuad kebangsaan mereka untuk meninggalkan AFF selepas kegagalan skuad B-19 tahun negara itu dalam saingan Piala AFF B-19 baru-baru ini.
Indonesia gagal untuk melepasi saingan peringkat kumpulan dimana mereka tewas kepada Thailand dan Vietnam menerusi head to head sekaligus gagal mara ke peringkat separuh akhir.
Malaysia berjaya muncul juara saingan Piala AFF B-19 tahun setelah menewaskan Laos dengan keputusan 2-0. Kejayaan menjulang trofi tersebut diserikan lagi dengan pemilihan ketua pasukan, Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri sebagai pemain terbaik kejohanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Media Korea Selatan Sebut Indonesia Tak Layak Jadi Tuan Rumah Piala Asia 2023