Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini mengumumkan dua pemain import baharu yang berdarah kacukan Filipina-Sepanyol iaitu Carli De Murga dan pemain naturalisasi Filipina, Bienvenido Maranon.
Kedua-dua pemain ini akan mengisi kuota pemain Asia Tenggara dalam skuad Harimau Selatan dan turut berpeluang beraksi dalam saingan AFC Champions League musim ini. De Murga akan memakai jersi bernombor 23 manakala Maranon nombor 27.
De Murga bukanlah nama asing dalam kalangan peminat bola sepak tempatan kerana beliau telah beraksi bersama pasukan Terengganu FC dalam saingan Liga Malaysia musim lepas.
Prestasi hebat pemain itu telah menarik minat JDT untuk mendapatkan khidmatnya bagi memperkuatkan benteng pertahanan. Berdasarkan rekod, De Murga telah beraksi dalam 17 perlawanan Liga Super dan menjaringkan 1 gol ketika menentang Selangor.
WELCOME TO THE HOME OF THE SOUTHERN TIGERS! #NewSigning#BienvenidoMaranon #CarliDeMurga#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/X7hnV1Pfw4
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) January 20, 2022
Manakala Bienvenido Marañón merupakan penyerang utama skuad kebangsaan Filipina dan juga penjaring terbanyak Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura baru-baru ini. Malah, pemain yang berusia 35 tahun ini turut memiliki reputasi hebat sebagai penjaring terbanyak Piala AFC 2 kali pada tahun 2019 dan 2020.
Maranon mula menyertai skuad The Azkals tahun lalu selepas permohonannya menjadi pemain naturalisasi diluluskan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di Piala AFF.
Beliau berhijrah ke Filipina pada tahun 2015 dan beraksi bersama United City (Ceres-Negros) selama 7 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, Maranon telah membantu kelab itu merangkul empat kejuaraan Liga Filipina pada 2017, 2018, 2019 dan 2020, dan satu kejuaraan Copa Paulino Alcantara pada 2019.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Witan Sulaeman Sertai FK Senica, Bakal Beraksi Bersama Egy Maulana Vikri
Ikhsan Fandi Jaringkan Dua Gol, Bantu BG Pathum Tewaskan Songkhla FC
Kurniawan Berkelana Ke Itali, Jadi Penolong Jurulatih Kelab Serie B