Meskipun Sri Pahang FC berjaya mencatatkan kemenangan 4-0 pada perlawanan persahabatan bertemu Kelantan United tempoh hari, ia masih belum mampu membuatkan Dollah Salleh gembira dengan perkembangan tersebut.
Empat jaringan yang terhasil pada perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu telah disumbangkan oleh Muhd Nur Izzat Che Awang, Yevhen Bokhashvili, Lee Tuck dan Baqiuddin Shamsudin.
Seperti yang sudah diketahui umum, Dollah kembali dipertanggungjawabkan membimbing Sri Pahang selepas pengendali sebelum ini, Thomas Dooley bersama pembantunya, Christophe Gamel ‘direhatkan’ susulan aksi kurang berkesan pada dua perlawanan awal.
Susulan dengan aksi ditampilkan anak buahnya pada aksi bertemu Kelantan United, Dollah melihat daripada segenap aspek perlu diperbaiki barisan pemain Sri Pahang FC bagi menghadapi kempen liga musim ini.
“Menang 4-0 ke atas Kelantan United tidak boleh dinilai daripada segi pencapaian terbaik kerana perlawanan ini lebih kepada memperkemaskan jentera pasukan.”
“Jika dilihat pada prestasi keseluruhan, saya tidak begitu gembira walaupun jentera serangan berjaya menghasilkan gol.”
“Masih banyak yang perlu dipertingkatkan lagi bukan sahaja di bahagian serangan, malah posisi tengah dan pertahanan juga perlu lebih kemas,” ujar Dollah Salleh menurut sumber dikeluarkan BH Online.
Selepas mengharungi lima perlawanan Liga Super Malaysia 2021, Sri Pahang ketika ini berada di tangga ke-11 dengan mengutip empat mata hasil satu kemenangan, satu keputusan seri dan tiga kekalahan yang dialami.
Aksi seterusnya yang bakal dihadapi skuad Tok Gajah pada 2 April nanti ialah Kedah Darul Aman (KDA FC) di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah ini.
Stuart Ramalingam: Jangan Salah Anggap Kes Insa, Ia Perlukan Masa
UAE ‘Tibai’ India 6 Gol Tanpa Balas, Ali Mabkhout Cipta Hatrik Dan 2 Pemain Naturalisasi Sumbat Gol