Skuad kebangsaan UAE semalam telah berjaya membelasah pasukan India dengan keputusan 6 gol tanpa balas di Stadium Zabeel, Dubai.

Skuad bimbingan Bert van Marwijk itu kini menghuni tangga ke 74 dunia itu menundukkan India yang berada di ranking ke 104 dunia mengikut kedudukan semasa FIFA Ranking, jelas mahu memberikan amaran kepada lawan mereka terutamanya Malaysia.

Penyerang tersohor UAE, Ali Mabkhout merekodkan hatrik dalam pertemuan itu selain 2 lagi gol dari 2 pemain naturalisasi mereka iaitu Sebastian Tagliabue dan juga Fabio Lima.

ExpqSyfWYAAKmul

Ini adalah gol ke-2 Sebastian Tagliabue selepas muncul salah seorang daripada 3 pemain naturalisasi UAE. Seorang lagi pemain naturalisasi berprofil tinggi adalah Caio Canedo Correa.

Sebastian Tagliabue setakat ini telah turun dalam 3 perlawanan bersama skuad kebangsaan UAE dan menjaringkan 2 gol iaitu ketika tewas 1-2 kepada skuad Uzbekistan dan ketika berdepan pasukan India semalam.

Pastinya kemenangan bergaya itu akan membuatkan skuad Bert van Marwijk berkeyakinan untuk bersiap sedia berdepan cabaran Malaysia dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada 3 Jun 2021, sekitar 2 bulan dari sekarang.

Dalam kumpulan G, saingan masih terbuka untuk 4 pasukan mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 dengan Malaysia kini berada dikedudukan ke 2 mengutip 9 mata, manakala UAE ditempat ke-4 dengan 6 mata dari 4 perlawanan.

Apa yang menarik, UAE gagal mencatatkan kemenangan dalam 2 perlawanan terakhir mereka apabila tumpas kepada Vietnam dan Thailand selain, berhempas pulas untuk mencatatkan kemenangan 2-1 keatas Malaysia.

Kem Latihan Skuad Kebangsaan Dipendekkan, Tan Cheng Hoe Beri Ruang Kepada Pemain Dan Kelab Buat Persiapan

Kerteh FC: Penjenamaan Baharu Yang Lebih Segar, Elegan Dan Moden Menuju Perubahan Dinamik Ke Peringkat Global

Luqman Hakim:”Perubahan Ini Untuk Kebaikan Diri, Kalau Kurus Nanti Kena Langgarlah Saya Dekat Sana.”