Doktor pasukan Manchester United berkongsi cerita bahawa ada beberapa pemain pasukan mereka yang bergelut untuk melakukan kerja kerja dapur.
Malah ada beberapa pemain yang melecur ketika memasak. Ada juga yang melaporkan diri mereka digigit anjing ketika di rumah.
Ole Gunnar Solskjaer mahu para pemainnya agar memberikan kemaskini harian kepada para pegawai pasukan tentang apa yang berlaku kepada mereka selain daripada rutin latihan dan pemakanan.
Ole sebelum ini mendedahkan bahawa, mereka aktif berinteraksi di kumpulan WhatsApp dan juga platform lain.
“Mujur sekarang ini dunia teknologi banyak membantu. Kita mesej mereka, terus dapat balasan. Bayangkan dahulu, cuma ada telefon sahaja, pastinya sukar.”
Doktor pasukan, Steve McNally tidak menyangka bahawa beliau akan mengendalikan kes kecederaan yang unik pada kali ini melibatkan para atlet.
Jika sebelum ini para pemain cedera di kaki, mengalami kejang otot. Namun ketika lockdown, kecederaan lain yang menimpa.
“Mujur para pemain kami tidak mengalami masalah lebih besar, dan tiada isu.”
Man United players during coronavirus pandemic suffer cooking burns, dog bites https://t.co/PK2o7IRbXF
— FPL NEPAL 🇳🇵 (@fplnpl) April 21, 2020
“Para pemain juga tidak cedera, itu yang bagusnya. Cuma ada beberapa masalah yang luar biasa iaitu, pemain melecur tangan ketika memasang, ataupun digigit anjing. Lebih kurang perkara sebegitu yang berlaku.”
“Pakar pemakanan memantau apa yang pemain ni masak di Instagram mereka. Bagusnya, ramai yang berjaya mengasah bakat memasak mereka — cuma ada yang ‘cedera’,” tegasnya sambil berjenaka.
Baca juga berita lain dari Eropah
Real Madrid Tamatkan Baki Musim Ini Di Stadium Kecil 6,000 Tempat Duduk
Maguire: Man United Mahu Kejuaraan Liga Bukan Sekadar ‘Top 4’