Presiden Federasi Bola Sepak Haiti (FHF), Yves Jean-Bart kini telah digantung selama 90 hari oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas berdepan tuduhan merogol dan mencabul kehormatan seorang pemain remaja wanita di pusat latihan skuad kebangsaan.
Beliau juga tidak dibenarkan terlibat dalam apa-apa aktiviti yang melibatkan sukan bola sepak berkuatkuasa serta-merta.
“Mengikut artikel 84 dan 85 Kod Etika FIFA, Jawatankuasa Etika bebas melarang sementara Jean-Bart, menyertai semua kegiatan yang berkaitan dengan bola sepak di kedua-dua peringkat, kebangsaan dan antarabangsa, untuk jangka masa 90 hari.
“Sanksi ini telah bermula berhubung dengan penyiasatan yang sedang berlangsung ke atas Mr Jean-Bart. Jean-Bart diberitahu mengenai keputusan itu hari ini. Sekatan sementara akan berkuatkuasa serta-merta.” kata FIFA dalam satu kenyataan.
FIFA suspends Haiti football president pending an investigation into allegations he sexually abused teenage girls at the country’s national training centre. pic.twitter.com/BS1gTFs7gd
— Tribesmith (@farayimachamire) May 26, 2020
Siasatan ke atas Jean-Bart masih dijalankan dan beliau bagaimanapun tidak mengaku bersalah diatas tuduhan tersebut yang dilakukan pada 5 tahun yang lalu di luar Port au Prince.
Menurut artikel The Guardian, seorang remaja perempuan mendedahkan Jean-Bart atau dikenali sebagai “Dadou” telah beberapa kali cuba merogolnya dan beberapa rakan sepasukan.
“Dadou seorang penjenayah. Saya salah seorang mangsa. Saya sangat takut. Kalau dia tahu saya cakap kepada anda, saya akan hidup dalam mimpi ngeri.
“Dia cuba rogol saya apabila saya tiba di pusat latihan. Dia tidur dengan beberapa rakan saya. Dia juga ada anak perempuan. Situasi menjadi sangat rumit di sana.
“Bukan sahaja gangguan seksual, ada juga penderaan moral, penyalahgunaan ekonomi dan semuanya. Lelaki itu, dia telah memusnahkan hidup saya,” kata seorang gadis itu yang tidak didedahkan namanya.
The top soccer official in Haiti has been accused of sexually abusing female players, drawing renewed scrutiny to how FIFA manages such allegations https://t.co/VsHCuNWvd8
— New York Times World (@nytimesworld) May 22, 2020
Selain itu, bekas pemain skuad kebangsaan Haiti turut mendakwa telah menyaksikan sendiri bagaimana Jean-Bart cuba mengorat anak perempuan petugas di Pusat Latihan itu yang berusia 17 tahun.
Perempuan muda itu turut mengikuti rombongan skuad kebangsaan Haiti ke Trinidad & Tobago dan menyaksikan satu perlawanan bola sepak pada tahun 2008.
“Di pusat latihan, ketika semua orang sedang sibuk menyediakan makanan, Dadou sempat mengintai perempuan muda itu. Kami terbang ke Trinidad & Tobago, perempuan itu dengan maknya turut ikut sekali. Ini sangat mengejutkan.
“Dadou bagi visa dan mereka tinggal bersama di sebuah hotel 4 bintang manakala kami pula tinggal di motel. Banyak pemain mengesyaki lelaki itu tidur dengan perempuan muda itu,” katanya.
Jean-Bart sudah memimpin badan induk bola sepak negara itu selama dua dekad. Dia yang dihubungi bagaimanapun enggan memberi komen mengenai tuduhan dan penggantungan FIFA itu.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah.
Saksikan Detik Werner Cuak, Rakan Lupa Penjarakan Sosial Ketika Rai Gol
11 Kelab ‘Dibuang’ Daripada Liga Profesional China Kerana Masalah Kewangan
Sudah Tiga Bulan Liga Indonesia Ditangguhkan, Stadium PSM Makassar Berubah Jadi Kebun Sayur