Persatuan Bola Sepak China (CFA) pada hari sabtu lalu mengumumkan 11 kelab telah hilang kelayakan dan tidak dibenarkan menyertai Liga Profesional kerana masalah kewangan termasuk satu kelab Liga Super China (CSL), Tianjin Tianhai yang telah menarik diri.
11 kelab tersebut terdiri daripada 4 kelab yang beraksi dalam Liga divisyen 2 dan 7 kelab daripada Liga divisyen 3. Lebih mengejutkan, bekas juara AFC Champions League 1990, Liaoning FC turut disingkirkan.
“Kelab ini ada masalah kewangan yang sangat serius dan mereka tidak mampu menyelesaikannya. Oleh itu, mereka tidak layak menyertai liga profesional,” kata kenyataan daripada CFA.
Football: Former Asian champions Liaoning among 11 Chinese clubs kicked out of league over finances https://t.co/DyOuqyhiJC
— The Straits Times (@straits_times) May 25, 2020
Terdapat 5 lagi kelab bakal menarik diri daripada saingan liga masing-masing kerana dilaporkan muflis dan tidak mempunyai sumber pendapatan yang lain sejak wabak pandemik melanda negara itu.
Tianjin Tianhai sebelum ini menjelaskan mereka tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk menampung kos operasi dan terpaksa mengambil keputusan untuk dibubarkan pada 12 Mei lalu.
Hal ini terjadi apabila beberapa kelab China membelanjakan jumlah yang terlalu tinggi untuk mendapatkan seorang pemain dari luar. Tianjin pernah membawa masuk 2 pemain bertaraf dunia iaitu Alexandre Pato dan Axel Witsel.
Odion Ighalo is set to become Africa's Highest Paid Footballer Ever. He has been offered a £400,000 per week contract extension until 2024 by his Chinese club, Shanghai Shenhua. The club has rejected Manchester United's loan extension offer.
— Africa Facts Zone (@AfricaFactsZone) May 25, 2020
Shanghai SIPG memecah rekod perpindahan Asia apabila mereka menandatangani Oscar dari Chelsea tiga tahun lalu dengan nilai perpindahan sebanyak 60 juta euro, berserta Hulk, Marounane Fellaini, Javier Mascherano dan Carlos Tevez semuanya turut pindah ke China pada tahun lalu.
Presiden CFA, Chen Xuyuan meluahkan kebimbangannya terhadap krisis kewangan yang melanda kelab China sejak tahun lepas.
“Kelab-kelab kami hampir tidak dapat mencapai pembangunan yang dimahukan. Pemiliknya telah melabur banyak tetapi pulangannya sedikit, dan ini boleh memudaratkan bola sepak China.
“Kami berharap kelab di semua peringkat dapat memberi fokus kepada perancangan jangka panjang dan pengurusan rasional, sehingga mereka dapat melindungi hak dan kepentingan pemain, jurulatih dan staf,” katanya dipetik dalam Xinhua.
Menurut CFA, jumlah pasukan yang bertanding dalam saingan CSL pada musim ini akan dikekalkan sebanyak 16 pasukan. Shenzhen FC yang telah diturunkan ke liga divisyen 2 pada musim lepas, akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Tianjin Tianhai.
Manakala jumlah pasukan yang bertandinga dalam Liga divisyen 2 China akan ditambahkan kepada 18 pasukan.
Bagaimanapun, CFA belum mengumumkan tarikh baharu perlawanan pertama liga tersebut yang sepatutnya bermula pada 22 Februari lepas.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak China melalui pautan dibawah.
Misi Ke Piala Dunia 2022, China Bakal Diperkuatkan Enam Pemain Naturalisasi
Shanghai Shenhua Panggil Ighalo Balik China Hujung Minggu Ini, Tawarkan Kontrak Luar Biasa