Kevin de Bruyne, Aymeric Laporte dan John Stones sah terlepas aksi pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah, melibatkan Manchester City menentang RB Leipzig.
Baca Juga:
- Liverpool vs Real Madrid: Los Blancos Bangkit Skor 5 Gol
- Manchester United vs Leicester: Dua Gol Rashford Bantu Red Devils Menang Bergaya
- Newcastle vs Liverpool: Nick Pope Kad Merah Dan Terlepas Aksi Final Lawan Man United
Ini selepas Pep Guardiola meninggalkan mereka daripada skuad untuk perjalanan ke Jerman.
Pengurus City itu berkata dalam sidang akhbar pra-perlawanan Selasa de Bruyne dan Laporte kedua-duanya sakit dan tidak boleh disertakan.
“Kevin dan Laporte – sakit,” kata Guardiola.
“Malangnya, ia adalah seperti yang berlaku pada musim ini. Kadang-kadang sesuatu berlaku tanpa diduga.”
“Kevin tidak berasa baik sejurus selepas perlawanan menentang Nottingham pada hari Ahad.”
“Dan semalam Laporte berasa tidak cukup sihat, jadi mereka tidak akan bermain.”
Pada hari Selasa, jurulatih Leipzig Marco Rose berkata City masih tetap akan menimbulkan ancaman besar walaupun De Bruyne yang berusia 31 tahun, akan terlepas aksi pertama mereka.
“Saya rasa Kevin adalah antara pemain terbaik di dunia. Dia melihat ruang, dia tahu ruang dan dia berbahaya di depan gawang,” kata Rose memberitahu pemberita
“Banyak yang akan dia lakukan dalam pasukan ini, tetapi dia akan digantikan oleh seseorang yang bertaraf dunia.”
“Man City bekerja sebagai satu pasukan. Mereka bukan berkaitan aksi individu. Mereka adalah pasukan.”
“Satu pasukan akan berada di padang esok, pasukan yang mahu memenangi Liga Juara-Juara,” tambahnya lagi.
Leipzig turut mengesahkan bahawa mereka akan kehilangan khidmat pemain tengah Sepanyol Dani Olmo.
Manakala penyerang Perancis, Christopher Nkunku juga diragui status kecergasannya.