City Football Group (CFG) yang memiliki beberapa kelab ternama di Eropah seperti Manchester City telah menandatangani salah seorang wonder kid KV Kortrijk iaitu Ishak Boussouf.
Boussouf merupakan pemain yang dipinjam oleh Kortrijk daripada kelab Algeria, ES Setif selama semusim bagi menghadapi saingan musim 2019/2020.
📸 Ishak Boussouf (ES Sétif) #TalentDZ pic.twitter.com/mKbj06wXo0
— Algeria FC 🇩🇿🇵🇸 (@Algeria_FC) October 6, 2019
Pemain berusia 18 tahun ini beraksi di posisi sayap dan telah dilabel sebagai the next Riyadh Mahrez, salah seorang pemain Algeria yang beraksi bersama Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.
Manchester City dilihat sebagai destinasi yang sesuai bagi Boussouf kerana skuad kendalian Pep Guardiola itu kehilangan takhta EPL kepada Liverpool, sekaligus membuatkan Pep mahu membina semula pasukannya bagi mencabar kejuaraan musim hadapan.
Akan tetapi, satu lagi kelab Belgium, Lommel S.K. menjadi satu lagi destinasi bagi Ishak Boussouf kerana kelab itu turut dimiliki oleh CFG.
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Boussouf bakal diisi oleh penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim yang akan menyertai KV Kortrijk dalam masa terdekat.
Luqman dijangka beraksi bersama skuad pembangunan Kortrijk, sekaligus berpeluang untuk mendapat tempat dalam pasukan utama jika menampilkan prestasi cemerlang.
Baca artikel lain mengenai KV Kortrijk di sini:
KV Kortrijk Dibenarkan Memohon ‘Special Permission’ Untuk Luqman Hakim, Semua Dokumen Perlu Lengkap
FAS Capai Persetujuan Dengan KV Kortrijk Mengenai Perpindahan Luqman Hakim
Vincent Tan Sudah Ada Perancangan Sendiri Untuk Luqman Hakim Dalam Skuad KV Kortrijk