Teka-teki mengenai destinasi pemain skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mencapai persetujuan dengan kelab Belgium, KV Kortrijk.
Perkara ini diumumkan oleh FAS menerusi post di laman media sosial rasmi pasukan dimana Luqman akan berangkat ke Belgium untuk menyertai Kortrijk setelah proses dokumentasi selesai.
Kenyataan rasmi mengenai status perpindahan Luqman Hakim.
Baca penuh di sini: https://t.co/OoL0AjNj3g#RedGiants#KitaAdalahSatu pic.twitter.com/hVNfcnXdW4
— Selangor FC (@selangorfc) July 3, 2020
Sebelum ini, terdapat khabar yang menyatakan perpindahan Luqman ke Kortrijk tidak akan menjadi kenyataan setelah FAS dan Kortrijk sendiri gagal mencapai kata sepakat.
Namun, segala persoalan yang berlegar khususnya di laman media sosial kini terjawab dengan pengumuman yang dibuat oleh FAS.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:
Gandingan Luqman Hakim Dan Jaami Qureshi Barisi Jentera Serangan Skuad B-19 Tahun Negara