Kemenangan 2-0 Perak ke atas PDRM dalam saingan CIMB Liga Super 2020 semalam kembali menghidupkan peluang untuk raih gelaran naib juara musim ini walaupun perlawanan terpaksa ditangguhkan sehingga 10.30 malam kerana hujan lebat.
Skuad kendalian Mehmet Durakovic itu turut merampas kedudukan kedua daripada Kedah yang bakal beraksi malam ini dengan 14 mata sekaligus menjadikan saingan merebut slot ke AFC Cup 2021 semakin sengit.
Dalam perlawanan itu, Perak beraksi lebih garang di atas padang basah dan kerap memberi masalah kepada benteng pertahanan tuan rumah. Peluang terbaik hadir pada minit ke 21 namun tandukan Leandro Dos Santos tersasar.
PDRM turut berpeluang menjaringkan gol pertama tetapi malangnya percubaan penyerang mereka sekadar singgah ke tiang dan ada kalanya tersasar. Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki separuh masa kedua, Perak berjaya membuka akaun jaringan menerusi rembatan kencang penyerang skuad kebangsaan, Shahrel Fikri pada minit ke 55 menewaskan penjaga gol PDRM.
55' | GOL SHAHREL!@peraktbgmy kini mendahului @PDRMTheCops menerusi jaringan Shahrel Fikri.#CIMBLigaSuper2020#PDRMPRK#MFLLive pic.twitter.com/IyZ7KfGVS1
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 20, 2020
Ia adalah jaringan ke 5 Shahrel dalam saingan Liga Super musim ini. Gol tersebut juga memberikan semangat tambahan kepada pemain Perak untuk terus mengandakan asakan ke kubu lawan
PDRM cuba bangkit namun barisan pertahanan Perak lebih berdisiplin mengekang kemaraan benteng serangan mereka. Tidak lama kemudian, Leandro Dos Santos muncul sebagai wira selepas menanduk masuk gol kedua pada minit ke 87.
87' | GOL LEANDRO!@peraktbgmy menggandakan jaringan menerusi Leandro Dos Santos.#CIMBLigaSuper2020#PDRMPRK#MFLLive pic.twitter.com/n84q8urXSb
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 20, 2020
Kekalahan skuad kendalian Ishak Kunju itu meletakkan pasukan itu kini berada dalam bahaya dan bakal disingkirkan ke saingan Liga Premier musim depan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
B.Satianathan: Kekalahan Ini Salah Saya, Turunkan Pemain Yang Belum Bersedia
RASMI: Kelantan FC Jelaskan Semua Hutang Gaji 15 Pemain Sejak Tahun 2017 Dan 6 Bulan Tunggakan 2020