Kelmarin skuad gergasi merah terpaksa akur dengan kekalahan besar 6-1 kepada JDT dalam saingan CIMB Liga Super 2020 di Stadium Sultan Ibrahim.

Namun lebih mengejutkan,’tragedi 6-1′ turut menimpa pasukan ‘adik’ iaitu Selangor II yang tewas kepada JDT II dalam perlawanan Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) semalam.

Selangor II mempertaruhkan pemain muda yang berusia bawah 23 tahun dan hanya seorang pemain import di posisi tengah. Manakala JDT II mempertaruhkan pemain naturalisasi kedua negara, Liridon Krasniqi bersama 3 pemain import.

119815219_1810346112462013_4389099317989928224_o
FOTO: JST

Dalam perlawanan itu, JDT II terlebih dahulu membuka akaun gol menerusi jaringan Nicolas Alberto Fernandez pada minit ke-21. Kemudian giliran bekas pemain Kedah, Fernando Rodriguez menambah gol kedua pada minit ke 25.

12 minit sebelum tamat separuh masa pertama, Nicolas Alberto sekali lagi menambah derita Selangor II dengan menjaringkan gol pada minit ke 33 lalu menjadikan keputusan berubah kepada 3-0.

Memasuki separuh masa kedua, JDT II terus mengandakan asakan dan mereka berjaya memperolehi gol keempat menerusi Fernando Rodriguez pada minit ke 49.

119684862_1810399525790005_3972184760203069543_o
FOTO: JST

Tersentak dengan jaringan itu, Selangor II bangkit memperkemaskan corak permainan dan usaha mereka berhasil apabila Ahmad Danial Asri menjaringkan gol pertama pada minit ke 57.

Keputusan 4-1 hanya kekal selama 12 minit sahaja sebelum pemain pertahanan JDT II, Che Rashid Che Halim menambah satu lagi gol pada minit ke-69 dan Syazwan Andik pada minit ke-71.

Kemenangan JDT II turut menyaksikan pasukan itu berada di tangga ketiga dengan 14 mata manakala Selangor 2 di tangga kelima dengan 10 mata. Dua pasukan tercorot Liga Premier musim ini akan diturunkan ke Liga Amatur (M3) musim depan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

B.Satianathan: Kekalahan Ini Salah Saya, Turunkan Pemain Yang Belum Bersedia

RASMI: Kelantan FC Jelaskan Semua Hutang Gaji 15 Pemain Sejak Tahun 2017 Dan 6 Bulan Tunggakan 2020

Khalid Ali: Perpindahan Sumareh Ke Police Tero FC Sekadar Satu Persinggahan, Tempoh Bertenang Sebelum Ke Pasukan Lain