Pemain berdarah kacukan Malaysia-Australia, Quentin Cheng dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan pembangunan Selangor, Selangor II bagi saingan musim 2020.
Perkara ini menjadi perbincangan setelah Quentin terlibat dalam satu perlawanan pra musim bersama pasukan terbabit yang mana perlawanan tersebut berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) semalam.
It looks like Quentin Cheng has left Central Coast Mariners and joined Selangor II.
Thank you @apikovic for info. pic.twitter.com/T7K1Zi21jX
— Harimau Abroad🐯🇲🇾✈️ (@harimau_abroad) February 3, 2020
Sebelum ini, Quentin beraksi bersama kelab Australia, Central Coast Mariners dan beliau turut mendapat panggilan untuk menyertai skuad B-23 tahun negara bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2019.
Pemain berusia 21 tahun itu diturunkan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Kemboja yang menyaksikan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee tewas dengan keputusan 3-1. Quentin menjadi penjaring gol tunggal bagi pasukan negara.
https://youtu.be/l905MzCUYIQ
Selangor II ketika ini dikhabarkan sedang berada dalam fasa pemilihan pemain bagi menghadapi saingan Liga Perdana musim 2020.
Setakat ini, skuad bimbingan Michael Feichtenbeiner itu telah diperkuatkan oleh beberapa nama besar dalam skuad B-19 tahun negara seperti Mukhairi Ajmal, Harith Haiqal, Sikh Izhan Nazrel dan Azrin Afiq.
Baca artikel lain mengenai Quentin Cheng di sini: