Pengendali pasukan Selangor, B.Satianathan bersedia untuk dipersalahkan setelah skuad bimbingannya dibelasah oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 6-1 pada perlawanan Liga Super 2020 semalam.
Menurut Satia, sepakan penalti yang diberikan kepada JDT pada separuh masa kedua menjadi pemangkin kepada kekalahan besar pasukannya.
49' | GOL SAFAWI! @OfficialJohor menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti Safawi Rasid. #CIMBLigaSuper2020#JDTSEL#MFLLive pic.twitter.com/SPtZqK19zf
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 19, 2020
“Separuh masa pertama kami masih boleh beraksi. Kemudian sepakan penalti pada separuh masa kedua. Saya tak pasti itu adalah penalti atau sebaliknya. Tetapi itu mengubah banyak perkara.
“Tiga gol JDT dijaringkan dari satu sudut yang agak mustahil untuk menjaringkan gol. Saya terpaksa telan kekalahan ini. Ini saya saya kerana mungkin ada pemain yang belum sedia untuk diturunkan.
“Tidak banyak yang boleh kita lakukan. Dengan kemasukan Rufino dan Sean Selvaraj, baru kita boleh menjaringkan gol. Tetapi secara keseluruhan, separuh masa kedua kita collapse,” kata B.Satianathan.
72' | GOL RAMADHAN! @OfficialJohor 5-0 @FASelangorMy #CIMBLigaSuper2020#JDTSEL#MFLLive pic.twitter.com/mqj0eJ5USg
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 19, 2020
Satia menegaskan peluang untuk pasukannya untuk sekurang-kurangnya menduduki tangga kedua dalam carta Liga Super masih ada berbaki tiga perlawanan.
Bekas pengendali skuad kebangsaan ini juga menyatakan Selangor akan mencuba yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia nanti.
“Peluang masih ada. Kita akan cuba yang terbaik. Saya akan berbincang dengan pengurusan tentang sasaran mereka. Jika kita mendapat 9 mata dari tiga perlawanan, itu sudah cukup.
“Kemudiannya ada Piala Malaysia. Jadi masih ada peluang. Tetapi apa saya nak cakap JDT adalah satu pasukan yang sempurna. Mereka sememangnya layak untuk beraksi dalam saingan AFC Champions League (ACL),” tambah Satia.
Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:
CIMB Liga Super: JDT Ibarat Direndam Tidak Basah, Selangor Terkulai Di Stadium Sultan Ibrahim
Sultan Selangor Beli Kasut Emas Khalid Jamlus, Bakal Dipamerkan Di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor
Satiananthan Kecewa Selangor Gagal Manfaatkan Peluang Di Halaman Sendiri