Juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) membuktikan kenapa mereka layak bergelar juara kali ketujuh pada musim ini apabila membelasah Perak, 7-0 tanpa belas kasihan di Stadium Sultan Ibrahim semalam.
Dalam perlawanan yang berlangsung tanpa penonton, JDT membuka akaun jaringan seawal minit ke 22 melalui rembatan cantik dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Perak.
22' | GOL AFIQ FAZAIL! @OfficialJohor kini mendahului @peraktbgmy menerusi jaringan Afiq Fazail.#CIMBLigaSuper2020#JDTPRK#MFLLive pic.twitter.com/fjPzMsC1KX
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 4, 2020
Kemudian, giliran pemain import, Gonzalo Cabrera pula menambah dua lagi jaringan melalui percubaan pada minit ke 35 dan sepakan penalti selepas Diogo Santo dijatuhkan oleh Muhammad Rafiuddin Roddin.
Jaringan itu turut mematahkan semangat pemain lawan dan penjaga Gol Perak, Muhammad Nasrullah seolah-olah kelihatan tidak bermaya lagi apabila kerap melakukan kesilapan mudah.
45' | GOL CABRERA!
Sepakan penalti dari Gonzalo Cabrera@OfficialJohor 3-0 @peraktbgmy #CIMBLigaSuper2020#JDTPRK#MFLLive pic.twitter.com/tZAypfEba8
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 4, 2020
Pemain muda, Muhammad Ramadhan terus melengkapkan pesta gol JDT pada separuh masa pertama apabila menjaringkan gol keempat pada masa kecederaan sebelum wisel rehat ditiup pengadil.
Ini merupakan jaringan kedua beliau dalam Liga Super setelah menjaringkan gol pertama ketika menentang Pahang di Stadium Darul Makmur.
45 + 2' | GOL RAMADHAN SAIFULLAH!@OfficialJohor 4-0 @peraktbgmy #CIMBLigaSuper2020#JDTPRK#MFLLive pic.twitter.com/m0dpO9VOQM
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 4, 2020
Memasuki separuh masa kedua, pesta gol JDT berterusan apabila pada minit ke-62, Cabrera mencatat hatrik sekaligus menjaringkan gol kelima tuan rumah.
Berselang 16 minit, Safawi Rasid yang masuk pada separuh masa kedua akhirnya menamatkan kemarau jaringan apabila melakukan larian deras yang tidak mampu dikekang oleh pertahanan Perak lalu menambah jaringan pada minit ke-79 menjadikan keputusan 6-0.
79' | GOL SAFAWI!@OfficialJohor menambah jaringan keenam menerusi Safawi Rasid#CIMBLigaSuper2020#JDTPRK#MFLLive pic.twitter.com/mIqJv3YHS4
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 4, 2020
Menutup malam sempurna JDT, Akhyar Rashid yang juga dibawa masuk pada babak kedua menutup tirai jaringan JDT dengan gol ketujuh pada minit ke-83.
Kemenangan ini mengukuhkan lagi kedudukan JDT selaku pendahulu Liga Super sekaligus menutup harapan Perak untuk merampas kejuaraan.
Lihat artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.