Bekas penjaga gol tersohor Malaysia suatu ketika dahulu, Jamsari Sabian dalam kemaskini terbaru laman sosial Facebook peribadinya, memberitahu bahawa beliau mahu melepaskan beberapa medal kejuaraan yang dimenanginya ketika bersama kelab MPPJ FC kepada sesiapa yang berminat.

Set 4 medal kejuaraan dalam karier beliau ini telah diletakkan dalam frame serta ditandatangani secara peribadi untuk pemilik baru nanti.

118745707_3210994852269892_4301033412363737650_o

Pelbagai komen dapat diperhatikan cuba mendapatkan penjelasan mengapa semua ini dilakukan, Jamsari Sabian membalas seperti berikut;

“Sayang memang sayang bos. Tapi bila memikirkan apa yang berlaku, pedih. Jadi alang-alang baik saya jual semua koleksi, supaya selepas ini bila tiada kenangan dapat tak dapat duit gaji yang dijanjikan dulu, saya pun redha dan teruskan kehidupan.”

524042_193279580847823_1946301543_n

4 koleksi medal kejuaraan itu adalah ketika Jamsari Sabian beraksi bersama pasukan MPPJ FC, dan butiran medal adalah seperti berikut;

  • Juara Piala FAM 2001
  • Juara Piala Malaysia 2003
  • Juara Liga Perdana 2004
  • Juara Piala Sultan Ahmad Shah 2004
jamsari

Berdasarkan apa yang diberitahu melalui platform media sosial, koleksi 4 medal diatas adalah medal terakhir yang dimiliki selepas beberapa lagi medal kejuaraan lain telah dilelong beberapa bulan yang lalu.

Sama-sama kita cuba memberikan sokongan untuk Jamsari Sabian, semoga beliau dimurahkan rezeki untuk hari mendatang.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

TERKINI: Tarikh Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 Terbongkar, Dilangsungkan Pada Bulan Ramadhan 2021?

Ini Hujah Kelebihan TRW Kelantan FC Disenaraikan Dipasaran Saham, Jika Indonesia Boleh Mengapa Tidak Kelantan

Hak Penyiaran Thai League Bernilai RM1.58 Bilion Untuk 8 Tahun, Zense Entertainment Calon Utama Pemenang Bidaan