Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman dalam satu kemaskini dilaman sosialnya sebentar tadi telah memberikan satu isyarat jelas bahawa beliau memang mahu mengapungkan saham kelab tersebut dalam tempoh 5 tahun akan datang.

Sambil memberikan beberapa contoh syarikat yang mempunyai IPO seperti syarikat Jual nasi lemak Old Town pernah listed dengn nilai RM1.6 bilion, syarikat Old Changkee yang menjual karipap di Singapura bernilai RM400 juta, syarikat kondom Karex RM850 juta, pembuat zip seluar baju YKK bernilai RM24 bilion.

Jual tukul besi dan alat perkakas DIY, MR DIY pun bakal IPO dengan nilai RM10Billion!

Beliau juga melihat apa yang dilakukan oleh Bali United yang memiliki IPO bernilai RM300 juta sebagai contoh terdekat dan menyatakan jika Indonesia pun boleh IPO, mengapa tidak bagi Kelantan FC.

“IPO itu bukan secara tiba-tiba tapi ianya dirancang awal. Bukan omong kosong pak.”

118641347_3826051994089505_7928123621676173596_n

Apakah kelebihan kalau saham diapungkan?

  • Syarikat akan lebih telus, segala hal berkaitan akaun akan dibentangkan pada AGM dan semua pemegang saham boleh semak dan ajukan pertanyaan.
  • Tentunya bukan sahaja bersorak, tetapi lebih dekat kerana sorak atas kapasiti sebagai pemilik bersama. Nama anda ada dalam senarai sebagai shareholder.
  • Kecairan.Peminat boleh jual saham atau beli saham anytime. Maksudnya sesiapa sahaja boleh beli saham dengan modal serendah RM1000 jika harga sahamnya ditawarkan pada IPO nanti harganya RM1.00. (1000 unit saham x RM1.00 modal adalah RM1,000. Ini adalah contoh kiraan jika harga semasa IPO ditawarkan adalah RM1.00)
  • Jemputan hadir ke Mesyurat Agung Tahunan AGM, bila dah jadi shareholder, semua penyokong Kelantan boleh pilih sendiri CEO Kelab Pasukan Bola Sepak Kelantan FC, boleh sahaja ajukan permintaan untuk kekalkan seseorang coach.
  • Profesionalism. Bila pasukan bola diapungkan, tentunya hal pengurusan dan kewangan lebih terjaga. (kalau nampak ada penyelewengn boleh sahaja pakat ramai-ramai buat EGM dan tendang pengurus-pengurus yang menyeleweng itu.)
  • Modal dari pengapungan saham adalah lebih baik dari meminjam duit bank sebab bank tetap akan mintak loan dan interest dalam keadan senang atau sukar. Jauh berbeza, dengan konsep saham yang lebih adil berdasarkan konsep pemilikkan entiti perniagaan atau pasukan bola sepak kesayangan.

Ada yg tanya, Kenapa aku bodoh pergi bayar hutang lapuk RM6.8juta KAFA?

“Ya, aku memang bodoh. Tapi aku tahu apa yg aku buat. Kalau nak jelas ,bacalah kisah bagaimana Tan Sri Tony Fernandes beli syarikat RM1.00 dengan hutang RM40juta, tak sampai 5 tahun berjaya IPO dengan nilai RM3 billion.”

“Jadi, ini misi dan plan roadmap untuk IPO kan pasukan bola sepak. Karipap boleh IPO, takkan lah pasukan kita tak leh IPO.”

“InshaAllah, jika ditakdirkan berjaya IPO dalam masa 5 tahun ini akan aku asingkan peruntukkan saham khas pada semua peminat TRW Kelantan FC.”

“Kepada pemain Kelantan FC musim depan, aku plan nak bagi saham, inshaAllah ada peruntukkan saham Pre IPO, special interest group shares. Aku bagi 5 tahun awal sebelum IPO.”

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Arnout Vercruysse: “Saya Dah Beli 2 Buah Buku Resepi Masakan Malaysia”, Teruja Menerima Luqman Hakim Dirumahnya

ZamSaham: “Kelantan Miliki Penyokong Paling Unik Di Malaysia, RM6.8 Juta Untuk ‘Settle’ Semua Pemilikan 100%

Hak Penyiaran Thai League Bernilai RM1.58 Bilion Untuk 8 Tahun, Zense Entertainment Calon Utama Pemenang Bidaan