Selepas kisah Khalid Jamlus melelong memoribilia beliau beberapa hari yang lalu mendapat perhatian banyak pihak, kini seorang lagi pemain yang juga merupakan rakan sepasukan Khalid Jamlus ketika beraksi di Selangor memutuskan untuk ‘let go’ 3 keping medal kejuaraan yang dimenangi pada 2005.

Jamsari Sabian yang mengecapi 3 kejuaraan bersama Selangor pada musim 2005 – Juara Liga Premier, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia, melalui laman Facebook telah memuat naik gambar medal yang mahu dijual itu kepada sesiapa yang berminat.

Tiada sebab dinyatakan oleh Jamsari Sabian dalam status seperti diatas namun pastinya situasi sukar sedang dialami oleh beliau sehingga terpaksa menjual barang-barang berharga seperti ini.

1779080_628163233886413_136399089_n

Piala Malaysia 2005, Selangor yang diketuai oleh Shukor Adan menumpaskan pasukan Perlis 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil dan semua gol dijaringkan oleh Bambang Pamungkas dihadapan 93,569 orang penonton!

10376293_1443984879183732_4300835324797956591_n
Jamsari Sabian selepas menyarung medal kejuaraan Piala Malaysia 2005.

Untuk Piala FA pula, Selangor mengalahkan pasukan Perak 4-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan gol-gol Selangor disumbangkan oleh Bambang Pamungkas (2 gol), Brian Fuentes dan Ellie Aiboy.

Semoga Jamsari Sabian dipermudahkan segala urusan kehidupan dan dimurahkan rezeki selepas ini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

Sumareh Terhutang Budi Kepada Inspektor Nasir, Dedahkan Dollah Salleh Bertanggungjawab Tukar Corak Permainannya

Khalid Jamlus ‘Tolak’ Kasut Emas Pada Harga RM10,100 Melalui Bidaan LIVE Facebook

“Hadi Fayyadh Adalah Salah Satu Aktiviti CSR Kami Di Malaysia Dalam Industri Bola Sepak”