Kelab Thai League 1, Chonburi FC tetap meneruskan penyertaan mereka dalam kejohanan jemputan Meizhou Hakka Cup meskipun berdepan risiko penularan wabak Virus Corona di China yang telah membunuh beberapa orang setakat ini.

Chonburi FC merupakan salah satu wakil dari Thailand yang dijemput menyertai kejohanan itu selain kelab divisyen 1 Korea Selatan, Sangju Sangmu. Wakil dari Malaysia, Selangor telah mengumumkan penarikan diri semalam kerana bimbang akan memberi kesan kepada tahap kesihatan pemain dan pegawai pasukan.

83736386_3281287251897681_1667346273272856576_o
FOTO: Chonburi FC

Ia turut menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan penyokong Chonburi FC yang menuntut pasukan mereka menarik diri dengan segera kerana situasi terkini wabak virus corona di China dilihat semakin teruk dan tidak terkawal.

Mengulas mengenai isu tersebut, pengurus Chonburi FC, Sasit Singtoothong meminta para penyokong bertenang dan menjelaskan pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang kejohanan berlangsung.

“Kami memang mengikuti perkembangan terkini virus corona yang sedang melanda China ketika ini tetapi kita sudah buat persiapan rapi dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang kejohanan berlangsung.

“Dua pegawai dari hospital turut bersama kami memantau keadaan semua pemain dan jurulatih termasuk memberi vaksin, belajar memakai topeng, menggunakan gel ketika basuh tangan untuk membasmi kuman selama 6 hari,” kata Sasit Singtoothong dalam satu kenyataan di laman sosial Chonburi FC.

83963493_3281287528564320_822441255991508992_o
FOTO: Chonburi FC

Sasit juga menjelaskan pihaknya tidak boleh menarik diri kerana mahu menjaga hubungan baik diantara kerajaan China dengan kerajaan Thailand.

“Kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama daripada kerajaan China dan Persatuan Bola Sepak China (CFA). Ia bertujuan untuk membentuk hubungan yang baik di antara China dengan Thailand sambil menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Mereka telah menyediakan tempat penginapan, pengangkutan, makanan dan tempat latihan.

“Selain itu, bandar wuhan berada 1000 kilometer dari kawasan perlawanan dan telah ditutup sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Ia memberi keyakinan kepada kami untuk meneruskan penyertaan dalam kejohanan ini. Saya akan pastikan semua pemain berada dalam keadaan yang selamat,” jelasnya.

Selangor perlu membayar ganti rugi sebanyak RM300,000

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon mendedahkan pihaknya terpaksa membayar pampasan sebanyak RM300,000 kepada penganjur Kejohanan Meizhou Hakka Cup setelah membuat keputusan untuk menarik diri.

Katanya dalam Stadium Astro, kesihatan pemain dan pegawai jauh lebih penting walaupun ia menjejaskan kantung kewangan pasukan.

“RM300,000 mungkin jumlah yang telah mereka telah belanjakan daripada segi penerbangan dan semua kemudahan. Tiket juga telah jual. Kesan memang agak besar terhadap kewangan kami tetapi kebajikan pemain paling utama.

“Perkara ini berlaku pada saat-saat akhir. Penyakit ini baru muncul, sebelum ini hanya wabak Influenza, sebab itu kami terpaksa buat keputusan drastik,” jelas Dr. Johan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia yang mungkin anda terlepas pandang melalui pautan dibawah.

UAE Sah Naturalisasi Penyerang Dari Argentina, Kini Muncul Penjaring Liga UAE Ke-2 Terbanyak Sepanjang Zaman

Jurulatih Bangkok United Ini Berpendapat Liga Malaysia Tidak Cukup Kompetitif Berbanding Liga Thailand

Kontrak Kekal 2 Tahun Dengan Shimizu S Pulse Untuk Teerasil Dangda, Pengumuman Selepas Ujian Perubatan.

56,025 Penonton Hadir Ke Stadium Menyaksikan Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Jepun

Sumber