Laman facebook rasmi Selangor FA hari ini mengumumkan kemasukan pemain kelahiran Manchester, England, Nicholas Ryan Swirad sebagai pemain baharu bagi memperkuatkan benteng pertahanan Red Giants musim depan.
Berdarah kacukan Inggeris-Melayu itu juga merupakan bekas pemain PKNS FC dan Melaka United.
Karier bola sepak professional beliau bermula pada 4 tahun yang lalu bersama pasukan Northern Rangers selepas 8 tahun bermain di non-league football di tempat kelahirannya.
Nicholas Ryan Swirad kini sah bergelar pemain Selangor untuk musim 2020.
Hantarkan soalan-soalan yang anda ingin ajukan kepada Swirad di story IG FA Selangor sekarang!
Swirad akan jawab soalan anda tepat jam 4 petang sebentar lagi.#SwiradIsRed pic.twitter.com/VsqD4kD4M8
— Selangor FC (@selangorfc) December 10, 2019
Bersama Northern Rangers, Swirad berjaya mencatat 13 penampilan dan menjaringkan dua gol. Beliau kemudiannya mula berhijrah ke Malaysia selepas ditawarkan untuk bermain bersama pasukan Johor Darul Takzim II pada tahun 2016.
Pada tahun 2018, Nick dilamar oleh pasukan Melaka United sebelum berhijrah ke PKNS FC musim ini.
“Bermain di bahagian pertahanan tengah, sudah pasti Swirad mampu untuk membantu kualiti bahagian pertahanan bersama Taylor Regan dan Rodney Celvin bagi musim hadapan,” kata kenyataan daripada laman web FAS.
Sebelum ini, pemain yang berusia 25 tahun itu pernah dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan untuk menghadapi kejohanan empat negara, Piala AIRMARINE 2019 pada bulan April lalu.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.
Liga Malaysia 2020: Pahang Bawa Masuk Dua Penjaga Gol Baharu