Masihkah anda ingat nama Asraruddin Putra Omar?
Beliau adalah pemain pertahanan kiri yang pernah bersama-sama skuad negara meraih kejuaraan Piala AFF pada tahun 2010 dan pingat emas Sukan SEA 2009 ketika dibawah bimbingan Datuk Rajagobal.
Kini, pemain yang berusia 32 tahun itu kembali mendapat perhatian apabila kelibatnya dikesan berada di pusat latihan skuad Selangor sekaligus menguatkan khabar angin akan menyarung jersi Gergasi Merah dalam saingan Liga Malaysia 2020.
Menurut gambar terbaharu yang dikongsi oleh laman twitter Footy Selangor itu, Asraruddin kini berambut panjang dan sedang giat menjalani latihan bersama skuad kendalian B. Satiananthan itu.
Seriously @FASelangorMy ? pic.twitter.com/Thm4mh0hF9
— Footy Selangor (@footysel) January 10, 2020
Asraruddin merupakan sebahagian daripada pemain Selangor pada tahun 2007 hingga 2013 sebelum berhijrah untuk menyertai JDT pada tahun 2014. Sepanjang bersama JDT, beliau telah meraih kejuaraan Liga Super sebanyak tiga kali (2014, 2015, 2016).
Bagaimanapun, beliau tidak sempat membantu JDT menjuarai Piala AFC pada tahun 2015 buat kali pertama dalam sejarah dan tempatnya ditukar kepada Fazly Mazlan.
Namun begitu, kecederaan yang dihadapi dan kurang masa bermain membuatkan pemain tersebut akhirnya disisihkan dari skuad JDT dan ditamatkan kontrak pada akhir musim 2016.
Selepas itu, beliau dilaporkan menyertai Pulau Pinang pada tahun 2017 sebelum berehat daripada aksi Liga Malaysia selama 2 tahun sambil menguruskan kedai gunting rambut miliknya.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia 2020 melalui pautan dibawah.
Majlis Pengenalan Pemain Dan Pelancaran Jersi Perak 2020 Terpaksa Ditunda Kerana Masalah Teknikal
Kei Hirose Dan Fernando Rodriguez Resmi Gabung Johor Darul Ta’zim II
Safee Sali Sifatkan Tindakan Damian Yeo Sebagai Tidak Profesional