Penyerang dari Singapura, Khairul Amri Mohd Kamal akan terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan setelah diumumkan kekal bersama FELDA United.
Amri menyertai skuad The Fighters pada jendela perpindahan kedua pada bulan Mei lalu dengan kontrak selama setahun enam bulan dan bakal menggalas cabaran besar selaku penyerang utama.
Sepanjang bersama pasukan itu, beliua telah menjaringkan 4 gol dalam 7 penampilan dalam saingan Liga Super 2019.
Namun, penampilan pertamanya dalam saingan Liga Malaysia musim ini tidak bermula dengan begitu baik apabila mengalami kecederaan di bahagian bahu selepas berlaga dengan pemain import lawan. Kecederaan tersebut memaksa beliau berehat selama 6 minggu sebelum kembali turun beraksi.
Pada bulan September lepas, pemain yang berusia 34 tahun itu mengumumkan persaraan di pentas antarabangsa setelah mewakili Singapura selama 15 tahun sejak 2004.
Sepanjang mewakili negaranya, beliau telah merekodkan 32 gol dan menjuarai Piala AFF sebanyak tiga kali. Pada tahun 2015, beliau membantu skuad Lions XII menjuarai Piala FA buat pertama kali dalam sejarah.
Vocket FC mengucapkan selamat maju jaya kepada Khairul Amri dan berharap beliau dapat membantu FELDA United mencapai kejayaan yang lebih gemilang dalam saingan Liga Malaysia musim depan.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Menjelang Final Bola Sepak Sukan SEA, Mata Park Hang Seo Sudah Mula Bengkak