Seperti yang semua sudah sedia maklum, hari ini 10 Disember 2019 akan berlangsung majlis undian bagi kejohanan bola sepak paling elit di Asia iaitu AFC Champions League 2020 dan AFC Cup 2020 yang akan berlangsung di AFC House, Bukit Jalil.

Sebelum ini, VocketFC pernah menerbitkan artikel mengenai mekanisma undian AFC Champions League seperti dalam artikel dibawah, dan boleh luangkan sedikit masa untuk fahamkan bagaimana proses undian diadakan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kedudukan pasukan JDT sebenarnya seperti telah ditetapkan samada berada dalam kumpulan E posisi 2 (E2) atau kumpulan G posisi 4 (G4). Untuk memahami perkara ini, sila teruskan pembacaan anda.

Pasukan Yang Layak Ke Saingan AFC Champions League 2020

Senarai pasukan mengikut negara yang telah layak ke saingan AFC Champions League 2020.

  • Korea Selatan: Jeonbuk Hyundai Motor, Suwon Samsung Bluewings, Ulsan Hyundai
  • China: Guangzhou Evergrande, Shanghai Shenhua, Beijing FC
  • Jepun: Yokohama F Marinos, Kashima Antlers/Vissel Kobe/V-Varen Nagasaki/Shimizu S Pulse
  • Australia: Perth Glory, Sydney FC
  • Thailand: Chiangrai United
  • Malaysia: Johor Darul Ta’zim

Berikut pula adalah pasukan yang akan melalui pusingan Play-Off dan pemenang akan layak ke peringkat kumpulan.

PO1: FC Seoul vs Kedah FA / Wofoo Tai Po
PO2: Shanghai SIPG vs Buriram United / TP Ho Chi Minh
PO3: FC Tokyo vs Port FC / Tampines Rovers / Bali United
PO4: Kashima Antlers/TBD vs Melbourne Victory/Ceres Negros/Shan United

Undian MA Pertama Penentu Kedudukan JDT Dalam Kumpulan Mana.

Jika MA pertama yang diundi dalah Korea Selatan, pasukan dari Thailand, Buriram United akan berada diposisi G4 dan pasukan dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim akan berada di posisi E2. Sila rujuk jadual dibawah.

E2

Sebaliknya jika China muncul sebagai ‘1st Drawn MA‘ dan Play-Off 3 berada di E3, pasukan ke 2 diundi dari Australia akan berada di E2, Johor Darul Ta’zim akan berada pada posisi G4, manakala Chiangrai United berada diposisi F3.

G4

Jika China muncul sebagai ‘1st Drawn MA‘ dan Play-Off 4 berada dalam kumpulan E, pasukan ke 2 diundi dari Australia akan berada di F3, Johor Darul Ta’zim akan berada pada posisi G4, manakala Chiangrai United berada diposisi E2.

G4-2

Begitulah simulasi ringkas berkaitan undian kejohanan AFC Champions League 2020 yang akan berlangsung esok pada jam 4.30 petang yang akan disiarkan secara lansung di Astro.

Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan JDT!

Baca juga artikel lain berkaitan AFC Champions League yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Mekanisme Baru Diperkenalkan Dalam Undian AFC Champions League 2019

FC Seoul Menanti Pasukan Kedah FA Jika Layak Ke Saingan Play-Off AFC Champions League 2020

Malaysia Bakal Terima 1 Slot Automatik Peringkat Kumpulan AFC Champions League Mulai Musim 2021