Hari ini majlis undian kejohanan kelab peringkat Asia – AFC Cup dan AFC Champions League 2019 akan diadakan di AFC House Bukit Jalil bagi menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan masing-masing untuk musim akan datang.
Namun, bagi undian kali ini AFC akan memperkenalkan mekanisme baru kepada asas undian yang diadakan seperti edisi sebelum ini yang dilihat lebih adil dan lebih sukar untuk meramalkan pasukan yang akan berada dalam satu kumpulan.
Mekanisme Semasa Undian AFC Champions League
Bagi pasukan dari Asia Timur, 2 negara (MA) yang menerima 3 slot automatik dan 1 slot play-off akan diundi bagi menentukan pasukan dari MA mana yang akan berada dalam kedudukan E1.
Selepas MA ditentukan, secara automatik pasukan pertama dari MA tersebut akan diletakkan dalam kedudukan E1, pasukan ke 2 di kedudukan F2, pasukan ke 3 di kedudukan G3 dan slot play-off dikedudukan H4.
Seterusnya perkara yang sama akan diulang untuk MA seterusnya dan menggunakan kaedah ini, sebahagian besar pasukan yang akan menghuni kedudukan dalam peringkat kumpulan dapat ditentukan sebelum majlis undian bermula.
Mekanisme Baru Undian AFC Champions League 2019
Menggunakan mekanisme baru dalam undian hari ini, 2 MA teratas yang menerima 3 slot automatik dan 1 slot play-off akan diundi bagi menentukan MA mana yang akan menerima kedudukan E1, F2, G3 dan H4.
Selepas itu 4 pasukan ( 3 slot automatik + 1 slot play-off) dari MA tersebut akan diundi bagi menentukan kedudukan dalam setiap posisi E1, F2, G3 dan H4. Tiada lagi pasukan pertama dari sesebuah MA itu dijamin kedudukan pertama (E1,F1,G1 dan H1) seperti mekanisme yang digunakan sebelum ini serta boleh dikatakan lebih terbuka.
Sebagai contoh, musim 2019 Korea Selatan dan China merupakan 2 MA yang menerima 3 slot automatik + 1 slot play-off.
Pasukan dari Korea Selatan:
- Jeonbuk Hyundai (Juara K League 1)
- Ulsan Hyundai / Daegu FC ( Juara Korean FA Cup)
- Gyeongnam FC / Ulsan Hyundai (Naib Juara K League 1 atau tempat ke 3)
- Gyeongnam FC / Ulsan Hyundai / Pohang Steelers (Tempat ke 3 atau ke 4 K League 1) – Play-Off 1.
Pasukan dari China:
- Shanghai SIPG (Juara Chinese Super League)
- Shandong Luneng / Beijing Guoan (Juara Chinese FA Cup)
- Guangzhou Evergrande (Naib Juara Chinese Super League)
- Shandong Luneng / Beijing Guoan ( Tempat ke 3/4 Chinese Super League) – Play-Off 2.
Undian pertama akan menentukan samada Korea Selatan atau China yang akan muncul sebagai ‘1st drawn MA‘.
Sekiranya Korea Selatan menjadi ‘1st drawn MA‘, undian berikutnya akan menentukan pasukan mana yang akan berada diposisi E1 hingga H4 dari 4 buah kelab Korea Selatan diatas.
Nota: Jika mekanisme dalam edisi sebelum ini digunapakai, selepas Korea Selatan muncul sebagai ‘1st drawn MA‘ maka, Jeonbuk Hyundai akan berada di E1, Ulsan Hyundai / Daegu FC di F2, Gyeongnam FC / Ulsan Hyundai di G3 dan Pemenang Play-Off 1 di H4.
Faktor Perubahan Posisi Pasukan Dari MA 1 Slot Automatik
Terdapat 3 faktor utama yang mampu mengubah kedudukan 2 pasukan yang mempunyai 1 slot automatik – Thailand dan Malaysia.
- Undian ‘1st Drawn MA‘
- Jika MA pertama yang diundi dalah Korea Selatan, pasukan dari Thailand, Buriram United akan berada diposisi G4 dan pasukan dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim akan berada di posisi E2. Sila rujuk gambar dibawah.
- Sebaliknya jika China muncul sebagai ‘1st Drawn MA‘ dan Play-Off 3 berada di E3, pasukan ke 2 diundi dari Australia akan berada di E2, Johor Darul Ta’zim akan berada pada posisi G4, manakala Buriram United berada diposisi F3.
- Jika China muncul sebagai ‘1st Drawn MA‘ dan Play-Off 4 berada dalam kumpulan E, pasukan ke 2 diundi dari Australia akan berada di F3, Johor Darul Ta’zim akan berada pada posisi G4, manakala Buriram United berada diposisi E2.
Berdasarkan maklumat yang kami terima, beginilah kedudukan pasukan dalam undian AFC Champions League 2019 yang akan diadakan pada jam 4.30 petang nanti. Nama kelab untuk setiap posisi tidak dapat ditentukan melainkan selepas undian dijalankan, berbeza dengan undian pada edisi yang lepas.
Penafian: Perkara ini masih belum ‘official’ dan mungkin akan terdapat perubahan lain atau pihak AFC akan menggunakan format lama seperti edisi sebelum ini.