Bekas penyerang prolifik Negeri Sembilan dari Argentina, Nicholas Velez bakal memperkuatkan jentera serangan Felda United dalam saingan Liga Malaysia pada musim depan.
Perkembangan itu disahkan sendiri oleh agen bola sepak tempatan, Joe Estrada melalui laman instagram miliknya hari ini selepas menandatangani kontrak selama setahun dengan kelab itu.
Velez memulakan kerjaya bolasepaknya dengan akademi River Plate dan kemudian menyertai pasukan rival kelab itu, CA Huracan pada tahun 2012.
Walaubagaimanapun, beliau jarang dapat tempat dalam skuad itu dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke Sepanyol menyertai kelab Atletico Sanluqueno CF pada tahun 2013.
Pemain berusia 29 tahun ini kemudiannya mencari angin baru di asia tenggara dengan menyertai kelab liga singapore, Warriors FC pada tahun 2014. Beliau juga mempunyai pengalaman beraksi dengan kelab dari India, North East United dan seterusnya menyertai kelab Thailand, Suphanburi FC.
Ketika bersama Negeri Sembilan pada musim 2018, beliau telah menjaringkan 8 gol dalam 14 penampilan dalam saingan Liga Premier. Gandingannya bersama penyerang Singapura, Khairul Amri pasti menjadi taruhan skuad The Fighters untuk merobek gawang lawan.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia untuk musim 2020 melalui pautan dibawah.
Liga Malaysia 2020: Jeon Hyo-Seok Belum Pasti Sertai Skuad The Bos Gaurus
Mat Yo Bakal Beraksi Dalam Liga Premier 2020 Bersama Kuching FA?
Herold Goulon Tolak Tawaran Kelab Portugal Untuk Kekal Bersama Pahang