Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang Seo mengakui sakit mata apabila wartawan dari negara itu menegur tentang warna merah yang kelihatan membengkak di bahagian mata kanannya.

Pengendali dari Korea Selatan itu turut dilihat memegang ubat-ubatan untuk merawat matanya ketika sesi latihan terakhir skuad Vietnam menjelang perlawanan penentuan pingat emas acara bola sepak lelaki temasya Sukan SEA 2019 menentang Indonesia esok.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penyokong Vietnam terhadap tahap kesihatan jurulatih pujaan mereka itu kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepada prestasi pemain.

“Saya sakit mata tetapi tidak la teruk sangat. Sebab itu saya tidak mahu dekat dengan pemain. Pagi semalam, saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan. Semuanya ok sahaja..,” katanya seperti dipetik dalam portal Zing.vn.

Park
Park Hang-seo

Vietnam ketika ini masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Sukan SEA 2019 di Filipina. Perlawanan menentang Indonesia esok dijangka lebih menarik kerana kedua-dua pasukan ini sudah lama tidak memenangi pingat emas.

Kali terakhir Indonesia memenangi pingat emas dalam acara bola sepak lelaki ialah pada tahun 1991 manakala Vietnam belum pernah lagi muncul sebagai juara dalam acara itu sejak format kejohanan diubah pada tahun 2001.

Mengulas mengenai pertemuan sengit dengan skuad kendalian Indra Sjafri itu, Park Hang Seo mahu anak buahnya mencontohi kejayaan pasukan bola sepak wanita Vietnam yang berjaya meraih pingat emas menewaskan pencabar terkuat, Thailand semalam.

“Saya kelmarin sempat menyaksikan perlawanan itu (Vietnam menentang Thailand). Saya bangga melihat mereka meraih pingat emas. Mereka menunjukkan semangat orang Vietnam yang tidak mudah mengalah.

“Saya ada impian, akhir tahun ini kami mahu pulang ke Vietnam sebagai juara bola sepak lelaki dan wanita Sukan SEA 2019.

“Perlawanan akhir ini bukan mudah dan memerlukan kekuatan fizikal. Indonesia pasukan yang bagus tetapi pasti ada kelemahannya,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia yang kami bawakan untuk anda.

Master Plan Stadium International Jakarta (JIS) Berkapasiti 82,000 Yang Berkelas Dunia, Khusus Untuk Bola Sepak

Shoja’ Khalilzadeh Tewaskan Safawi Rasid Dalam Pencalonan Gol Terbaik AFC Champions League 2019

‘Reserve Team’ Thai League Digantung Penyertaan Jika Gagal Berada Dalam ‘Top Half’ Liga Yang Mereka Sertai

Sumber