Man Utd akhirnya berjaya mencipta kemenangan 2-0 ke atas Villarreal untuk layak ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan baki satu perlawanan dalam Kumpulan F.
Michael Carrick berkata, kemenangan 2-0 mereka ke atas Villarreal dalam perlawanan pertamanya sebagai pengurus adalah ‘bukan tentang beliau’.
Sebaliknya beliau percaya bahawa pemain pemain Manchester United mempamerkan perwatakan mereka yang sebenar apabila mereka menang 2-0 ke atas Villarreal pada perlawanan pertama mereka beraksi sejak pemecatan Ole Gunnar Solskjaer pada Ahad.
Dua gol lewat daripada Cristiano Ronaldo dan Jadon Sancho – gol pertamanya untuk kelab itu – menghantar United ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara sebagai pemenang kumpulan – berikutan keputusan seri 3-3 Atalanta dengan Young Boys. Ia menaikkan sedikit semangat United selepas minggu minggu yang sukar sebelum ini.
Walaupun Carrick berpuas hati dengan karakter pasukan, namun beliau mengakui persembahan mereka jauh dari sempurna.
Carrick berhak diberikan kredit kerana memasukkan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford pada minit ke-66. Dan ianya membantu mengubah nasib United di atas padang.
Sebelum itu, Manchester United diasak dengan beberapa siri serangan bahaya daripada pasukan tuan rumah. Mujur De Gea cemerlang dan melakukan beberapa aksi saves yang memukau.
Carrick yakin Jadon Sancho akan mendapat ‘motivasi yang kuat’ selepas menjaringkan gol pertamanya untuk kelab.
“Hasilnya jelas merupakan satu tambahan sangat berguna kepada kami selepas apa yang telah kami lalui – kami tidak boleh menyembunyikannya,” kata Carrick.
“Untuk mendapatkan semula perasaan memenangi perlawanan bola sepak untuk pemain adalah sangat penting, dan berjaya tanpa bolos, David (de Gea) adalah penting sekali lagi, jadi banyak perkara positif yang boleh dirangkumkan.”
🗣️ "Tonight's not about me."
Michael Carrick says #MUFC players showed their character as they delivered a 2-0 win over Villarreal in the first game since Ole Gunnar Solskjaer's sacking.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) November 23, 2021
“Paling penting [positif] yang saya akan ambil ialah bagaimana semua orang menyesuaikan diri dengan keadaan, reaksi dan bagaimana mereka bersatu.”
“Dalam situasi seperti ini terdapat emosi bercampur-campur. Ia adalah satu ujian, dan anda mengetahui apakah watak sebenar anda, siapa yang ada bersama anda dan siapa yang tidak.”
“Saya fikir semua orang bersatu dari segi menyokong saya dan kakitangan saya dan kami berjaya memperoleh kemenangan yang sangat menggembirakan. Ia adalah satu yang sangat bermakna.”