Ketua jurulatih skuad B-19 tahun negara, Brad Maloney tidak Bimbang dengan dua kekalahan besar yang dialami pasukan kendaliannya sebelum ini.
Bagi Brad, keputusan perlawanan bukanlah perkara yang dicari sebaliknya beliau mahu melihat kesediaan pemain untuk mencabar diri sendiri sekaligus bersedia untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi.
“Keputusan perlawanan tidak begitu penting kerana objektif utama untuk menguji pemain beraksi di tahap yang lebih tinggi dan lebih mencabar mereka daripada segenap segi sekali gus memberi peluang untuk belajar.
“Kita akan menentang satu lagi pasukan senior hari ini. Jadi saya mahu lihat peningkatan daripada beberapa perlawanan yang sudah diharungi sebelum ini,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Sebelumnya, skuad B-19 tahun negara tewas kepada Petaling Jaya City FC dengan keputusan 6-1 diikuti dengan kekalahan kepada Selangor 2 dengan keputusan 4-0.
Selain kekalahan besar, kebimbangan turut tercetus apabila beberapa pemain masih lagi bergelut untuk menyesuaikan diri dengan pasukan sekaligus gagal untuk menampilkan prestasi sebenar.
Tambah Brad Maloney, setakat ini masih tiada pemain yang digugurkan namun beberapa pemain perlu direhatkan kerana mengalami kecederaan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad B-19 tahun negara di sini:
Wan Kuzri Enggan Layan Tekanan, Mahu Fokus Bantu Skuad B-19 Tahun Negara
Brad Maloney Fokus Persiapkan Skuad B-19 Tahun Negara, Enggan Layan Khabar Angin