Kekalahan besar skuad B-19 tahun negara pada dua perlawanan persahabatan menentang Petaling Jaya City FC dan Selangor 2 nyata melahirkan kebimbangan di kalangan ramai pihak khususnya peminat.
Anak-anak buah Brad Maloney dilihat gagal untuk memberikan cabaran ketika tewas 6-1 kepada PJ City pada 14 Ogos lalu dan 4-0 kepada Selangor 2 pada perlawanan semalam.
Keputusan perlawanan, skuad B-19 kebangsaan tewas 4-0 menerusi jaringan T Saravanan (14' & 46'), Nazrin Nasir (69') dan Armin Maier (83').
Lagi gambar di https://t.co/BfA8vhzJ5a#FAM #HarimauMalaya #AFCU19 pic.twitter.com/us4yB91deS
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 19, 2020
Meskipun hanya perlawanan persahabatan, namun keputusan perlawanan menunjukkan masih banyak yang perlu diperbaiki oleh para pemain.
Selain itu, beberapa pemain utama pasukan juga belum menampilkan prestasi sebenar dan perkara ini menyebabkan pasukan gagal untuk meraih keputusan positif.
Kelemahan yang ada perlu segera diselesaikan memandangkan mereka akan beraksi dalam saingan AFC B-19 Tahun yang dijadualkan bermula pada Oktober ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad B-19 tahun negara di sini:
Wan Kuzri Enggan Layan Tekanan, Mahu Fokus Bantu Skuad B-19 Tahun Negara
Brad Maloney Fokus Persiapkan Skuad B-19 Tahun Negara, Enggan Layan Khabar Angin