Pemain skuad B-19 tahun negara, Wan Kuzri Wan Kamal enggan berasa tertekan sebaliknya fokus untuk membantu pasukan negara menjelang aksi AFC B-19 Tahun yang dijadualkan bermula pada Oktober ini.

Pasukan bimbingan Brad Maloney sekali tewas besar kali ini dengan keputusan 4-0 ketika berdepan Selangor 2 dan perkara ini sedikit-sebanyak membangkitkan kerisauan penyokong.

Kuzri merupakan salah seorang pemain yang diletakkan harapan besar kerana beliau beraksi bersama Akademi Bolasepak St Louis di Amerika Syarikat.

“Memang ada jangkaan tinggi dan sudah tentu ia boleh dilihat sebagai memberi tekanan kepada saya.

Wan
Sumber Gambar: FAM

“Tetapi saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenainya kerana kalau ia sering difikirkan, perkara itu akan sentiasa berlegar dalam kepala saya.

“Fokus saya untuk membantu pasukan dan sebab itulah saya berada di sini,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pada masa yang sama, pengendali pasukan, Brad Maloney menyatakan beliau sudah menjangka aksi menentang Selangor 2 akan memberikan cabaran sukar bagi pemainnya.

Beliau menganggap kekalahan kepada anak-anak buah Michael Feichtenbeiner sebagai pengajaran berguna bagi para pemain.

Baca artikel lain mengenai Wan Kuzri dan perkembangan skuad B-19 tahun negara di sini:

Brad Maloney Fokus Persiapkan Skuad B-19 Tahun Negara, Enggan Layan Khabar Angin

Dibelasah PJ City, Skuad Malaysia B-19 Dapat Pengajaran Yang Berguna

Luqman Hakim: Wan Kuzri Ala-Ala Toni Kroos