Pengendali skuad B-19 tahun negara, Brad Maloney menegaskan beliau hanya fokus untuk mempersiapkan pasukan berbanding mengambil tahu tentang khabar angin mengenai pertukaran venue saingan AFC B-19 Tahun.

Brad berkata beliau mendengar khabar angin tersebut namun enggan untuk memberi perhatian kepada perkara tersebut, sebaliknya fokus untuk mempersiapkan pasukan negara.

Maloney
Sumber Gambar: FAM

“Saya ada dengar desas-desus mengenainya tetapi dalam senario ini, kami tidak dapat mengubah sesuatu kalau ia belum tentu lagi.

“Apapun, kami akan tetap perlu pergi ke negara yang akan menganjurkannya. Permainan kami tidak akan dirombak dengan drastik, cuma akan ada beberapa perubahan kecil.

“Kami akan membuat persiapan menerusi kejohanan dan pasukan yang kami hadapi selain tarikh yang ditetapkan penganjur,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Maloney
Sumber Gambar: FAM

Situasi di Uzbekistan ketika ini dikhabarkan sedang tidak menentu ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda dunia ketika ini.

Pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini, Malaysia diletakkan dalam kumpulan D bersama Qatar, Tajikistan dan Yaman.

Skuad bimbingan Brad Maloney itu menyasarkan untuk layak ke peringkat separuh akhir bagi mendapat tempat ke Piala Dunia B-20 di Indonesia tahun hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad B-19 tahun negara di sini:

Brad Maloney Tertarik Dengan Aksi Zachry Raiff Dalam Sesi Latihan

Dibelasah PJ City, Skuad Malaysia B-19 Dapat Pengajaran Yang Berguna

Luqman Hakim: Wan Kuzri Ala-Ala Toni Kroos