Pemain yang berpangkalan di luar negara, Omar Raiyan Kama Azlan dilaporkan bakal dipanggil bagi memperkuatkan skuad B-19 tahun negara menjelang saingan Piala AFF B-19 tahun yang akan berlangsung Julai ini di Indonesia.
Perkara ini dikongsikan oleh Onefootball.my di laman media sosial Twitter mereka dimana sementara menunggu untuk dipanggil, Omar menjalani latihan bersama skuad Projek FAM-MSN di Bukit Jalil.
Omar Azlan dijangka mendapat panggilan Malaysia U19 untuk kejohanan AFF U19 di Indonesia ! Sementara menunggu panggilan tersebut , Beliau berlatih bersama skuad projek FAM-MSN di Bukit Jalil sejak kelmarin ! Baru berusia 18 tahun 🇲🇾 pic.twitter.com/sKQekhmm2g
— Onefootball.my (@OnefootballM) June 18, 2022
Omar Raiyan menjadi sorotan pada Jun 2020 dimana beliau berjaya menandatangani kontrak bersama bekas pemenang Liga Juara-Juara Eropah (UCL), FK Crvena zvezda atau yang lebih dikenali dengan nama Red Star Belgrade dan menurut bapa Omar, pemain yang lahir di Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini sudah bersama Red Star sejak bulan Ramadan tahun yang sama.
Pemain berusia 18 tahun itu kemudiannya disenaraikan dalam skuad B-17 tahun pasukan itu untuk menghadapi saingan musim 2020/2021.
Menurut tinjauan di media sosial, peminat teruja dengan kehadiran Omar dimana mereka menganggap pemain ini mempunyai potensi untuk menyinar sekaligus menjadi pemain harapan negara pada masa akan datang.
Can’t even start to tell you how big a talent this kid is. Reminds me of Phil Foden when I’ve seen him play. Not only is he an incredible footballer, but highly intelligent, and excels in everything the does. Remember the name! #Malaysia #Football https://t.co/aQFS2XLDoz
— Craig Morraies (@craigmorraies11) June 19, 2022
Omar dianggap pemain tengah yang memiliki potensi untuk menyinar dimana beliau pernah menyertai akademi kelab yang beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City pada usia 9 tahun.
Selain itu, Omar juga pernah memenangi Piala Iber pada 2019 lalu, kejohanan sama yang pernah dimenangi oleh skuad Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) pada 2015.
Pasukan B-19 tahun negara merupakan naib juara pada saingan edisi 2019 dimana mereka tewas kepada Australia pada perlawanan akhir dengan keputusan 1-0. Pada edisi 2018, Malaysia muncul juara dengan menewaskan Myanmar dengan keputusan 4-3.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Syarikat Terkemuka Thailand, Carabao Diumumkan Sebagai Rakan Kongsi Rasmi Kerteh FC
Daniel Ting Kembali Ke Liga Malaysia Sertai Pasukan Dari Selatan?