Ketua jurulatih skuad B-19 Tahun negara, Brad Maloney nyata berpuas hati dengan peningkatan yang ditampilkan anak-anak buahnya pada perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan B-21 tahun semalam.
Skuad bimbingan Brad memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1 dan kemenangan tersebut dianggap sebagai moral booster setelah tewas besar pada dua perlawanan sebelumnya.
Brad berkata keputusan perlawanan tidak penting, namun beliau berkata banyak perkara positif dapat disaksikan pada perlawanan semalam sekaligus beliau berpuas hati dengan penampilan para pemain.
Keputusan perlawanan, skuad B-19 kebangsaan menang 2-1 menerusi jaringan Khairi Suffian Khaineyusri (41') & Muslihuddin Atiq Mat Zaid (87') manakala gol Negeri Sembilan B-21 dijaringkan oleh N. Javabilaarivin (39')
Lagi gambar https://t.co/WnLqJ7KqdZ#FAM #HarimauMalaya #AFCU19 pic.twitter.com/o45Yz5q1n0
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) August 25, 2020
“Kombinasi pemain juga lebih teratur, mereka memberi tekanan kepada lawan dengan baik selain tidak terlalu kerap hilang bola dan posisi. Kombinasi individu antara beberapa pemain juga tampak lebih baik.
“Memang keputusan perlawanan tidak penting, tetapi keputusan ini baik buat pemain saya. Kita menjadi bertambah baik dan pemain nampak dengan jelas apa yang sepatutnya dilakukan di atas padang,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Negeri Sembilan B-21 terlebih dahulu berada di hadapan menerusi jaringan N.Javabilaarivin pada minit ke-39 sebelum Khairi Suffian Khaineyusri menyamakan kedudukan dua minit kemudian.
Penyerang Terengganu 2, Muslihuddin ‘Atiq Mat Zaid menjaringkan gol kedua pasukan negara pada minit ke-87 sekaligus memberi kemenangan bagi pasukan bimbingan Brad Maloney.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad B-19 tahun negara di sini:
Wan Kuzri Enggan Layan Tekanan, Mahu Fokus Bantu Skuad B-19 Tahun Negara
Brad Maloney Tidak Bimbang Dengan Dua Kekalahan Besar Skuad B-19 Tahun Negara