Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui PJ City jelas memberikan kesukaran buat anak buahnya meskipun skuad Harimau Selatan berjaya meraih kemenangan 4-0 pada aksi Liga Super Malaysia 2022 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Dua jaringan yang dihasilkan masing-masing oleh Bergson da Silva dan Fernando Forestieri itu menyaksikan JDT kini meraih 22 mata hasil tujuh kemenangan dan satu keputusan seri untuk berada di kedudukan teratas carta liga.
Mengulas mengenai aksi bertemu PJ City, Mora tidak menolak hakikat bahawa lawan tampil dengan rentak bertahan yang baik pada permulaan lawan sehingga menyukarkan pemainnya untuk mencipta peluang.
“PJ City sentiasa menjadi lawan yang kuat kerana mereka baik dari fizikal, bermain secara tersusun dan sentiasa berikan saingan dalam banyak aspek.”
“Kami berjaya mendapatkan jaringan yang penting dalam saat yang tepat walaupun mungkin tidak seawal yang diharapkan,” ujar Mora.
“Selepas jaringan itu, situasi bertambah mudah buat saya dan pasukan kerana kami boleh mengawal perlawanan dengan lebih selesa.”
“Lawan yang menggunakan formasi 5-3-2 dan ada kalanya 5-4-1, agak kompak di bahagian pertahanan malah tiada juga ruang banyak di bahagian tengah.”
“Jadi kami cuba sepantas yang boleh mengekalkan penguasaan bola bagi memberikan tekanan kepada lima pemain di bahagian pertahanan, ” tambah Benjamin Mora lagi.
Mendahului 2-0 di separuh masa pertama, JDT menambah dua lagi jaringan melalui Bergson (minit 65) dan Forestieri (minit 85).
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.
Thiago Silva: Neymar Perlu Tinggalkan PSG Dan Sertai Chelsea
PSSI Tunggu Keputusan Shin Tae-yong Untuk Batalkan Proses Naturalisasi Jordi Amat