Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menyasarkan kemenangan bagi pasukannya apabila bertemu Ratchaburi pada aksi terakhir peringkat kumpulan G saingan AFC Champions League (ACL) musim ini.
JDT dan Ratchaburi gagal untuk melayakkan diri ke pusingan seterusnya dan kedua-dua pasukan dilihat mahu mengutip tiga mata bagi menutup kempen mereka dalam saingan edisi musim ini dengan kemenangan.
Menurut Mora, meskipun telah tersingkir, namun beliau menganggap perlawanan menentang kelab Thailand itu sebagai satu misi wajib menang.
“Kami perlu menang pada perlawanan esok (hari ini) kerana kemenangan ini sangat penting. Kami tidak akan mengubah cara permainan kami. Kami gemar untuk mempamerkan aksi bola sepak yang bagus,” kata Mora pada sidang media sebelum perlawanan.
Kemenangan tunggal JDT dicatat ketika bertemu Ratchaburi pada aksi pertama 25 Jun lalu dimana jaringan Leandro Velazquez memberikan tiga mata kepada juara Liga Super itu.
Pada aksi menentang dua lagi pasukan iaitu Nagoya Grampus dan Pohang Steelers, JDT gagal meraih sebarang mata dimana mereka tewas dalam empat perlawanan yang dihadapi.
Nagoya dan Pohang menjadi dua pasukan dari kumpulan G yang mara ke pusingan seterusnya selepas menduduki tangga pertama dan kedua.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Bekas Pemain Arsenal, Ryo Miyaichi Sertai Yokohama F Marinos