Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengesahkan mesyuarat jawatankuasa pertandingan sebulat suara membatalkan saingan Piala AFC (AFC Cup) zon ASEAN selepas tiada pasukan atau negara yang bersedia untuk menjadi tuan rumah.
Pada mulanya, Singapura telah diumumkan sebagai tuan rumah peringkat kumpulan zon ASEAN yang melibatkan pasukan dari Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Vietnam. Namun begitu, mereka telah menarik diri disebabkan oleh peningkatan kes COVID-19.
🚨 BREAKING🚨 #AFCCup2021 ASEAN Zone cancelled!https://t.co/NPZ3kxnRQ6
— #AFCCup (@AFCCup) July 7, 2021
Ia bermakna wakil negara iaitu Terengganu (TFC) dan Kedah Darul Aman (KDA FC) tidak berpeluang beraksi dalam kejohanan itu walaupun sudah membuat persiapan rapi sejak bulan lepas.
Bagaimanapun, perlawanan yang membabitkan zon lain tetap diteruskan sebagai komitmen AFC untuk menamatkan kejohanan tersebut pada tahun ini setelah dibatalkan pada tahun lepas.
Menurut kenyataan rasmi, semua perlawanan dari zon tengah, barat dan inter-zon akan berlangsung bermula pada 25 Ogos tanpa timbal balik. Manakala undian peringkat kalah mati yang sepatutnya diadakan pada 7 Julai telah ditunda pada 4 Ogos 2021.
TFC dan KDA kini sudah boleh menumpukan perhatian kepada baki saingan Liga Super yang bakal bersambung pada 24 Julai 2021.
Baca artikel lain mengenai perkembangan AFC Cup melalui pautan dibawah.