Jeonbuk Hyundai Motors FC hari ini secara rasmi telah memperkenalkan seorang pemain baharu mereka yang dipinjam dari Buriram United iaitu Sasalak Haiprakhon.
Sasalak Haiprakhon merupakan seorang pemain yang beraksi diposisi ‘wing back’ akan bersama kelab gergasi Korea Selatan itu dengan kontrak pinjaman selama 6 bulan,
Jeonbuk sudah lama memburu khidmat Sasalak dimana mereka cuba mendapatkan pemain itu pada Januari lalu. Namun, pemenang pingat emas Sukan SEA 2017 itu enggan berhijrah kerana mahu membantu Buriram menamatkan saingan musim 2020/2021.
Berita mengenai perpindahan secara pinjaman ini sebenarnya sudah diumumkan secara rasmi oleh pihak Buriram United sendiri melalui laman sosial rasmi Instagram mereka pada 27 Mei yang lalu.
Namun pemain yang berusia 25 tahun itu bakal muncul sebagai pemain pertama dari Thailand untuk beraksi dalam liga bola sepak Korea Selatan dalam tempoh 35 tahun selepas lagenda Thailand, Piyapong Pue-on melakukan perkara sama pada tahun 1985.
Ini merupakan peluang keemasan untuk Sasalak menimba pengalaman dalam saingan liga antara yang terbaik di Asia selain mampu untuk memberikan motivasi dan semangat kepada pemain lain untuk sekurang-kurang keluar dari saingan domestik.
Beberapa musim sebelum ini juga, 2 pemain Vietnam pernah beraksi dalam saingan K.League iaitu Nguyen Cong Phuong dan Luong Xuan Truong, namun tidak bertahan lama.
Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan seperti dibawah.
Pasukan Bola Sepak Universiti Jepun Ini Berjaya Lahirkan 120 Orang Pemain Pro Dalam Tempoh 22 Tahun.