Bekas pemain Arsenal, Ryo Miyaichi kembali beraksi di negaranya apabila sah menyertai bekas juara J1, Yokohama F Marinos dari kelab Jerman, FC St.Pauli.
Perkara ini diumumkan oleh Yokohama menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana Ryo bakal beraksi buat kali pertama dalam saingan J1 setelah berkelana di Eropah sejak 2011.
このたび、FCザンクトパウリ前所属の #宮市亮 選手の完全移籍加入が決まりましたので、コメントと併せてお知らせいたします。
💬「日本サッカーを創世紀から牽引してきたトップクラブで日本でのチャレンジができることを嬉しく思います」フルコメントは▶︎ https://t.co/USQ7rnrRsn#fmarinos pic.twitter.com/I9jjVYnZjW
— 横浜F・マリノス【公式𝕏】 (@prompt_fmarinos) July 5, 2021
Ryo menampilkan prestasi cemerlang dalam sesi ujian bersama Arsenal pada 2011 dan pengurus Arsenal ketika itu, Arsene Wenger tertarik dengan aksi yang ditampilkan oleh Ryo.
Pemain berusia 28 tahun itu kemudiannya menandatangani kontrak profesional namun terus dihantar ke Feyenoord untuk beraksi secara pinjaman selama satu musim.
Sekembalinya ke Arsenal pada awal musim 2011/2012, Ryo disenaraikan dalam skuad utama dimana beliau beraksi ketika Arsenal menentang Malaysia All Stars dalam satu aksi pra musim.
Ryo membuat penampilan pertama bersama skuad senior dalam perlawanan Piala Liga menentang Shrewsbury Town dan Bolton Wanderers pada September 2011.
Pada Januari 2012, Ryo Miyaichi dipinjamkan ke Bolton Wanderers dan kemudiannya beliau terus beraksi secara pinjaman bersama beberapa kelab seperti Wigan Athletic dan FC Twente sebelum menyertai St.Pauli secara tetap pada 2015.
Di Yokohama, pemain kelahiran Okazaki itu bakal bergandingan dengan pemain pertahanan Thailand, Teerathon Bunmathan di bahagian kiri.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
ACL 2021: BG Pathum United Tewaskan Viettel, Semakin Hampir Mara Ke Pusingan Seterusnya
Setiausaha Agung AFC Beri Bayangan Saingan AFC Cup 2021 Dibatalkan
Kes COVID-19 Tinggi, FAM Tolak Permohonan India Untuk Mengadakan Aksi Persahabatan